Apr 2, 2012

BUAT ADIKKU SAYANG

Assalamu'alaikum w.b.t..
Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..
Allahumma solli'ala muhammad wa'ala ali muhammad...

Wahai adikku sayang..
Jangan biarkan perkataan MALU membaluti dirimu..
Memang malu sebahagian daripada iman..
Namun malu biar bertempat..
Andai dirimu malu dalam menuntut ilmu maka cepatlah sedar..
Diriku bimbang andai kamu menemui kesesatan..
Bukan niat diri ini memaksa dirimu..
Namun insan yang beruntung adalah yang sentiasa melakukan perubahan ke arah lebih baik..

malu..
percayalah dan yakinlah..

Wahai adikku sayang..
Andai kamu tahu hakikat sebenar jerih dan perih jalan dakwah itu..
Pasti dirimu rasa semakin terbeban dengan amanah HAMBA dan KHALIFAH..
Namun apakah kita yang bertaraf hamba lemah ini layak mempertikaikan kuasa Rabbi?
Iman akan turun dan naik..
Hati akan keresahan dan kegelisahan..
Maka di saat itu kita memerlukan buah cinta ukhwah dan bunga wangi dan mekar persahabatan..
Itulah rahsia Sabda Rasulullah, :
"Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri"

berukhwah dengan semua..berta'aruf

Wahai adikku sayang..
Jika dirimu sentiasa dibelenggu perkataan SAYA TAK MAMPU..
Jom sama-sama renung surat cinta ni..


YAKIN DAN PERCAYA..


Tak kuat jugak..
Tak boleh jugak la..
Diri ini hanya mampu menitipkan pesan ni..




Sesungguhnya diri hina dina lagi dha'if hanya menyahut Sabda Rasulullah S.A.W
"الدين النصيحه "
"SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT"
Jika secebis nukilan ini membuatkan dirimu terasa dan bersedih hati..
Ungkapan maaf didahulukan..
Tegurlah diri ini andai ada kesilapan dan kelalaian..

Wallahu'alam..


1 comment:

Bintun Sazali said...

Smart!..addinu nasihah..sama2 ingat mengingatkan :')