Apr 20, 2011

PERTAMA KALI

Assalamu'alaikum w.b.t...
Semoga kita semua sentiasa dalam mardhatillah...InsyaAllah..
Alhamdulillah dapat mencari sedikit waktu dan ilhamminrabbi untuk terus memberi 'nafas' kepada blog nie..

Kali nie ana nak kongsi cerite seorang 'ustazah'..
Bermula tanggal 20-24 Mac 2011, buat pertama kalinya ana berpeluang menjejakkan kaki ke sekolah dengan gelaran 'ustazah' atas tujuan PBS Pengalaman Berasaskan Sekolah..
Jujurnya pengalaman yang ana perolehi sangat bernilai dan sangat bermanfaat untuk ana menghadapi hari sebenar ana bergelar seorang murabbi kelak...InsyaAllah..

Sekolah pilihan ana dengan ukhti di negeri Darul Naim..Sekolah Kebangsaan Islah
Di sekolah itulah banyak ilmu dan pengalaman yang anda timba..Alhamdulillah..Ta'al ikuti travelog seminggu ana di SK ISLAH.


Hari pertama :


Mula-mula menjejakkan kaki ke pekarangan sekolah seram sejuk jugak, hanya mampu banyak-banyak berdoa dan berselawat agar dipermudahkan segala urusan kat sekolah tu..
Tempat pertama yang dituju mestilah pejabat sekolah, punch card??of course la tak...hehehe..masuk pejabat untuk lapor diri..

nie tempat kami lapor diri

Selepas lapor diri, kami dibawa ke bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat daripada guru besar serta guru penyelaras..

Selepas itu kami memerhatikan sekeliling kawasan sekolah..









Hari kedua :
Hari nie bermula tugas kami menggantikan kelas..Kelas yang mula-mula kami masuk ialah kelas 3 Gigih..Kali pertama merasai suasana sebenar bilik darjah dan kami berdiri di hadapan kelas sebagai seorang murabbi..Allahuakbar, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui betapa seribu satu perasaan bercampur baur..berdebar, segan, kerdil..
Mula-mula kami mengadakan sesi taaruf, saling bertaaruf dengan semua murid..Kemudian kami menjalankan aktiviti permainan kuiz, memang ana akui ilmu yang ana  timba sepanjang satu tahun setengah selama di ipg memang sangat cetek dan sedar betapa kerdilnya diri ini..murid seramai 20 orang pun hampir pecah kepala bagaimana ingin mengawal murid..
Hanya lakukan setakat yang termampu..
Nie murid-murid 3 Gigih yang comel-comel




Hari ketiga :
Kami mula menjalankan tugasan iaitu menjalankan kajian terhadap murid-murid yang kami sasarkan..Nie murid-murid yang kami pilih...








Hari keempat dan kelima :
Kami masih dalam 'projek' mengganti kelas dan menjalankan kajian, namun pada hari kelima kami berasa sedikit sedih kerana itu merupakan hari terakhir kami berada di situ, segala kenangan, pengalaman serta ilmu yang kami perolehi sangat banyak dan rasanya seperti tidak ingin meninggalkan sekolah tersebut kerana masih lagi ingin mengutip dan menimba ilmu-ilmu sebagai seorang murabbi..Pada hari terakhir kami bergambar bersama 5 orang lagi sahabat-sahabat dari ipg lain..Sangat seronok dan touching!!!huhuhuu...

InsyaAllah jika diizinkan lagi untuk menjalankan PBS akan kami lakukan dengan lebih baik daripada sebelum ini..kerana memetik kata-kata Saidina Umar..
"Celakalah sesiapa yang jika dia hari ini adalah lebih buruk daripada semalam.."
Waiyyazubillah..

Alhamdulillah akhirnya berjaya post ini 'dikeluarkan' daripada terus 'berkulat' di dalam edit post..=)


Wallahu'alam..

Setakat ini sahaja entry ana..
Semoga ianya mengundang mardhatillah..


ketukan lillahita'ala
~'izzah~