Aug 28, 2011

HAK KITA VS HAK ALLAH

Assalamu'alaikum w.b.t..
Semoga kita semua sentiasa dalam mardhatillah wa rahmatillah..InsyaAllah...
Alhamdulillah atas segala nikmatNya yang tidak terhitung, selawat serta salam buat Kekasih yang sentiasa dirindui...

Alhamdulillah dapat hirup udara DUNGUN..aik lain ker udara kat setiap tempat??huhu

Alhamdulillah di dalam keheningan pagi yang sejuknya menggigit tambahan aircond bas yang sangat membekukan kaki dan badan, terdengar secebis tazkiyah nafs untuk tazkirah diri yang sentiasa alpa dan dalam kelalaian..

"KITA DUK FIKIR HAK KITA AJE SEBAGAI MANUSIA, PERNAH KITA FIKIR APE HAK KITA TERHADAP ALLAH"~itulah kata-kata ustaz yang menyampaikan kuliah~

Subhanallah, ana terus tersentap, mata yang awalnya tertutup dah terbuka, ana tak pasti ustaz mane yang sampaikan kuliah dan Pak Cik Driver bas bukak channel ape kat radio dalam bas tu..

Okey kita berbalik kepada tajuk, HAK KITA vs HAK ALLAH..



Ana nak bagi 3 situasi kepada sahabat-sahabat semua, sama-sama kita hayati dan ambil 'ibrah...

SITUASI 1 :

Perbualan antara 2 orang sahabat perempuan...

Sahabat A : Kenapa awak tak pakai sarung kaki? Bukan ke awak pelajar bidang Pengajian Islam? kaki kan aurat jugak..kenapa ea??

Sahabat B : Memang kaki tu aurat dan kena tutup tapi saya nie tak nak jadi hipokrit semata-mata saya budak Pengajian Islam, sebab memang nie la diri saya sebenarnya, tak perlu kott nak hipokrit sedangkan diri sebenar kita lain..

Sahabat A: Owh...

SITUASI 2 :
Sepasang kekasih sedang disoal siasat pegawai Jabatan Agama Islam...

Pegawai Jabatan : Kamu tahu yang perbuatan kamu nie berdosa?
Pak We : Tau tuan.
Pegawai Jabatan : Dah tau berdosa kenapa buat jugak?
Mak We : Ala tuan, nie kan hak manusia, saling mencintai..
Pegawai Jabatan : Kamu kira hak kamu aje? Hak Allah?
Pak We & Mak We : Ermmm..(tertunduk merenung kaki masing2)

SITUASI 3 :

Seorang pelajar sedang tekun menyiapkan assignment, sangat tekun tanpa menyedari masa yang berlalu...

Pelajar A : Amboi tekunnya, jom solat dulu dah jam 3.30 nie.
Pelajar B : Jap..jap, nak edit sikit agi nie, lecturer suruh submit sblum jam 5..(sambil terus tekun menaip)
Pelajar A : Ye la..
Pelajar B : Ya Allah, dah pkul 4 wey..jom solat..(tergopoh gapah ambil wudhu' dan sepantas kilat menunaikan solat Zohor)

Semua situasi tersebut ana harap tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia..

Apa pandangan sahabat-sahabat??Ada sesiapa yang nak komen??

Ana akan utarakan pendapat ana, meskipun diri ini tidaklah sempurna namun ana teringat akan firman Allah dalam surah Ali-'Imran ayat 110 :
"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kerana kamu menyuruh membuat yang ma'ruf (kebaikan) dan mencegah yang mungkar..."

dan dalam surah al-'Asr ayat 3 :
"...saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."

Sebenarnya 3 situasi yang ana bawakan adalah situasi-situasi yang membumi dengan diri kita kan?? Kalau tidak ketiga-tiga pasti salah satu..
Kesemua situasi tersebut berkaitan dengan hak kita dengan sesama manusia dan hak kita dengan Allah..

Situasi 1: Kita sentiasa memikirkan kata-kata manusia lain dan memikirkan hak kita sahaja namun pernah ke kita fikirkan hak Allah?? Allah adalah khaliq (pencipta) kita, maka secara mutlak kita adalah hak Allah namun kita kadang alpa dan lalai kan?? Pernah terfikir apa hikmahnya muslimah disyariatkan menutup aurat dengan sempurna? Kadang kita tahu dan sedar akan hikmahnya namun kita buat-buat tidak sedar kerana kita hanya memikirkan HAK KITA..sama-sama kita muhasabah..

~cantiknyer kaki~

~lagi cantik kalu begini~



Situasi 2 : Kita juga sering memikirkan hak kita sahaja dalam soal hati dan perasaan sehinggakan terlalu mengikut perasaan. Pernahkah kita tefikir kenapa Allah berfirman, "Jangan dekati zina.."..Kenapa? Pernah kita bertanya? Sekurangnya kepada diri sendiri..Zina tidak akan berlaku jika tidak dimulai dengan 'langkah-langkah awal' zina.. Sebab itulah JANGAN DEKATI ZINA bukannya JANGAN BERZINA..Allah melarang mendekati zina kerana pebuatan zina tidak akan terhenti begitu sahaja, ia akan memberikan kesan yang berpanjangan..Daripada langkah-langkah mendekati zina kemudian TERlanjur (berzina) kemudian TERmengandung kemudian TERmelahirkan anak dan kesan-kesan seterusnya yang berpanjangan...(perkataan TER dibesarkan kerana itulah istilah yang di mentaliti masyarakat, seolah-olah perbuatan zina adalah perbuatan tidak sengaja, namun hakikatnya....fikir2kan). FIKIR2 KAN JUGA HAK ALLAH..

~anda bijak jika mengutamakan HAK ALLAH~


Situasi 3 : Haa..ini sangat dekat dan membumi dengan diri ana sendiri dan mungkin sahabat2 semua..Astaghfirullah..Rasa tidak mampu untuk keluarkan pendapat kerana diri lemah serta hina ini juga begitu.. Namun ana cuma ingin mengajak sahabat-sahabat ayuh sama-sama kita islah diri dan refleks dan ubah ke arah yang lebih baik..InsyaAllah..FIKIRKAN DAN UTAMAKAN HAK ALLAH..

~mujahadah utk assignment & exam~

~mane lagi utama? Hak ini @ HAK ALLAH?~
Ana telah menyatakan pendapat ana, ini hanyalah pendapat insan yang dha'if lagi faqir dan lemah lagi hina..Maka ada sesiapa yang ingin menyatakan komen serta pendapat, boleh berbuat demikian,InsyaAllah ana akan berlapang dada dan meraikan sahabat-sahabat semua..

Wallahu'alam..
~ insan dha'if lagi faqir ~


Aug 21, 2011

SATU PERMULAAN BARU

Assalamu'alaikum w.b.t.
Semoga kita semua sentiasa dalam mardhatillah wa rahmatillah..InsyaAllah...

Alhamdulillah berpeluang update lagi hari nie..


Satu permulaan...Nak bertanding ker?? tak..

Ana cuma nak umumkan yang ana berjaya membina semula muka buku 'facebook'..
Tujuan???
Matlamat??
InsyaAllah semuanya keranaNya..

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah, Tuhan sekalian alam"

Namun ana harap dengan permulaan yang baru nie merupakan pilihan yang ana buat berdasarkan iman yang ada di dada dan hasil keputusan akal yang sejahtera...InsyaAllah..

kalu berminat nak jadi kawan ana, sila search nama Izzati Hazirah Mohd, InsyaAllah jumpa...

~sajer nak promote~


Ana berdoa kepada Rabbi semoga selepas ni ana dapat membuat pilihan yang lebih bijak, yang mana perlu diutamakan...ibadah,taklifan,blogging, facebooking,......and so on...(sgt byk perlu dipilih)


Wallahu'alam...

~ insan dha'if lagi faqir ~

Aug 20, 2011

PENGUMUMAN UNTUK BLOGGER SEMUA....

Assalamu'alaikum w.b.t.
Semoga kita semua sentiasa dalam rahmatillah wa mardhatillah...InsyaAllah..
Alhamdulillah masih berkesempatan mendapat peluang merasai fasa ketiga Ramadhan Kareem..

Entri kali ni ana nak buat sedikit pengumuman untuk semua blogger yang dahagakan serta inginkan pengisian ruhiyyah dan jasadiyyah..InsyaAllah..





Alhamdulillah Allah telah permudahkan urusan seorang sahabat ana untuk join venture dakwah online iaitu blogging...

Jika berminat boleh singgah-singgah dan melawat kat link ni..


InsyaAllah ada manfaat jika sahabat semua singgah di situ..
Tapi blogger tu masih baru jadi mungkin banyak kelemahan, namun itulah fitrah manusia yang tidak kamil..

Wallahu'alam...

~ insan dha'if lagi faqir ~



Aug 13, 2011

PERGINYA RAHMAT DATANG PULA MAGHFIRAH...

Assalamu'alaikum w.b.t.

Semoga kita semua sentiasa dalam rahmatillah wa mardhatillah..Alhamdulillah Allah masih memberi ana dan sahabat-sahabat semua peluang untuk sama-sama 'FASTABIQUL KHAIRAT' sama-sama berlumba mengejar kebaikan yang dilipat gandakan pahalanya pada bulan mulia ini.




Alhamdulillah berjaya memasuki fasa kedua Ramadhan namun masih risau memikirkan apakah sempat merasai fasa terakhirnya? Wallahu'alam kerana surah al-'Araaf ayat 34 merakamkan janji Rabb,

"DAN SETIAP UMAT MEMPUNYAI AJAL (BATAS WAKTU).APABILA AJALNYA TIBA MEREKA TIDAK DAPAT MEMINTA PENUNDAAN ATAU PERCEPATAN SESAAT PUN" 

Oleh itu sama-sama kita mengambil peluang yang sedang kita miliki ini untuk 'menanam' seberapa banyak amalan kebaikan semampu kita agar di negeri abadi kelak 'hasil tuaian' kita mampu membahagiakan kita semua.InsyaAllah.

RAHMAT TELAH PERGI DATANGNYA MAGHFIRAH SEMOGA SEMPAT DENGAN PEMBEBASAN DARIPADA API NERAKA...

INSYAALLAH..









Wallahu'alam...

~ insan dha'if lagi faqir ~

Aug 4, 2011

RAMADHAN KAREEM

Assalamu'alaikum w.b.t...
Semoga kita semua sentiasa dalam mardhatillah wa rahmatillah..InsyaAllah..
Alhamdulillah diberi peluang untuk update blog..

"Ramadhan kareem...Ramadhan kareem..."
Itulah ucapan terbaik yang kita akan ucapkan dan akan dengar apabila tibanya bulan yang penuh barakah.
Seiring dengan kehadiran bulan ini juga mesej memori full memanjang dek menerima banyak mesej-mesej ucapan serta kata-kata dan tazkirah tentang Ramadhan al-Mubarak..

Ayuh sahabat-sahabat semua kita hidupkan Ramadhan kali ini dengan penuh semangat mujahadah kerana kita harus ingat tentang 3 persoalan asas dalam hidup kita :
1) dari mana kita datang
2) untuk apa kita datang (ke dunia)
3) ke mana akan kita pulang

Ana yakin sahabat-sahabat semua akan dapat menjawab ketiga-tiga persoalan tersebut kerana ketiga-tiganya saling berkaitan dan jawapannya mudah


Semuanya daripada Yang Maha Esa.. Dapat? 

Kita datang daripada Allah
Datang ke dunia untuk beribadah kepada Allah
Kita akan kembali kepada Allah

Mahu bukti??

"Dan sesungguhnya, Kami menciptakan manusia itu daripada saripati yang berasal daripada tanah." (al-Mukminun:12)

"Dan tidaklah Kami ciptakan jin dan manusia itu melainkan hanya untuk beribadah kepada Kami." (az-Zariyat:56)

"Yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata 'innalillahi wa inna ilaihi raji'un' (sesungguhnya kam milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali" (al-Baqarah:156)

Banyak lagi bukti kukuh yang terkandung dalam Al-Furqan, InsyaAllah kalau kita rajin membelek, menghayati, mentadabbur akan jumpa bukti-bukti tersebut.










Wallahu'alam...


~ insan dha'if lagi faqir ~