Aug 9, 2012

REZEKI RAMADHAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمدلله وشكرالله على نعمة الإيمان و الإسلام

Sangat banyak serangga bersarang di blog nie...apa nak jadi nie???
Alhamdulillah hari nie telah masuk pada fasa terakhir Ramadhan iaitu fasa kebebasan dari api neraka...Alhamdulillah masih dipanjangkan umur oleh Rabbi..
Semalam semasa singgah di bilik seorang sahabat tersentap melihat sekeping 'tazkirah' comel ditampal pada cermin yang tercatat (lebih kurang)...

ALLAH MASIH HIDUPKAN AKU HARI INI KERANA MASIH MEMBERI PELUANG UNTUK AKU BERTAUBAT ATAS DOSA YANG DILAKUKAN

ZAAAPPP....SENTAPPP!!!!


Makanya jangan sia-siakan peluang yang diberikan...Itulah rezeki RAMADHAN..
Menjejakkan kaki ke madrasah tarbiyyah Ramadhan tahun nie banyak membuatkan diri ini merasa semakin hina dan kerdil..
Dari hari ke hari diri ini ditarbiyyah dari segenap sudut...ruhiyyah, jasadiyyah, aqliyyah, qalbiyyah...Alhamdulillah..

Ada kata-kata yang biasa kita dengar 'rezeki orang puasa'...biasa kan??? Pernah merasai?? Mesti pernah kan..

Alhamdulillah Ramadhan kali ini banyak peluang merasai 'rezeki orang puasa'.Kadang-kadang hati ini beristighfar panjang, takut 'rezeki orang puasa' yang diperoleh itu membuatkan diri ini alpa dan leka..
Namun Alhamdulillah sahabat-sahabat seperjuangan sentiasa di sisi menitipkan kata-kata nasihat dan meniupkan 'roh tarbiyyah' pada diri ini, terima kasih ya Allah.


Firman Allah dalam surah an-Nahl :

bÎ)ur (#rãès? spyJ÷èÏR «!$# Ÿw !$ydqÝÁøtéB 3 žcÎ) ©!$# Öqàÿtós9 ÒOÏm§ ÇÊÑÈ  

18. dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

 (16:18)

Maka bersyukurlah di atas segala nikmat yang diperolehi..



والله اعلم

No comments: