Mar 18, 2011

HARGAILAH KAUMKU

Assalamu'alaikum w.b.t
Semoga kita semua sentiasa dalam mardhatillah..

Asifi, lama blog ana nie terbiar, malu dengan diri sendiri..
Alhamdulillah Allah kurniakan peluang untuk ana berkongsi sedikit ilmu yang ana perolehi daripada akhbar ILUVISLAM..ilhamminrabbi

LAPAN KEISTIMEWAAN WANITA


1) Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.  ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda," Ibu lebih penyayang daripada ayah dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2) Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3) Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seperti orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4) Barangsiapa yang membawa hadiah (barangan, makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya maka pahalanya seperti bersedekah.  hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.  barangsiapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5) Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku (Rasulullah) di dalam syurga.

6) Barangsiapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta tanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7) Dari A'isyah R.A, " Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka"

8) Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. maka apabila memanggilmu dua orang ibubapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.









Wallahu'alam..

Setakat ini sahaja entry ana..
Semoga ianya mengundang mardhatillah..


ketukan lillahita'ala
~'izzah~
 

Mar 1, 2011

BERLUMBA SAMPAI KE AKHIR NYAWA

Assalamu'alaikum w.b.t..
Semoga kita semua sentiasa berusaha mencari dan berada dalam mardhatillah..InsyaAllah

Alhamdulillah Allah masih memberi ana kesempatan untuk menukilkan sedikit ilmu yang ana miliki di alam maya.
InsyaAllah entri ana kali ini ana jadikan dalil naqli sebagai 'akar'nya.
Jom sama-sama kita hayati potongan ayat daripada kitab suci al-Quran..


ولكل وجهة هو موليها  فاستبقوا الخيرت

" Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya sendiri yang mana ia menghadap kepadanya, maka berlumba-lumbalah kamu berbuat kebaikan"  - al-Baqarah : 148 -


berlumbalah sampai mengecapi kemenangan yang hakiki



Tiba-tiba ana teringat akan entri ana yang pada bulan lalu iaitu Sindiran Pedas, ana terfikir entri kali ini seolah-olah sekuel kepada entri tersebut..macam ada perkaitan..

Ana ingin mengajak sahabat-sahabat semua agar kita sama-sama memikirkan perintah Allah yang terkandung dalam potongan ayat di atas..
"berlumba-lumbalah kamu berbuat kebaikan"
Mengapa Allah menurunkan perintah sebegitu? Kerana pada pendapat ana dalam kehidupan kita semua seharian terlalu banyak kebaikan yang boleh kita lakukan hatta mengutip sampah yang kita tersepak juga merupakan kebaikan..benar??
Ana yakin sahabat-sahabat semua pernah mendengar kata-kata ni..
"ramai yang inginkan kemungkaran dan sedikit yang inginkan kebaikan"
Pernah??tapi di mana yaaa???fikir-fikirkan kembali..
Jadi nampakkan perkaitan ayat di atas dengan kata-kata ni? 
Ana bukan bermaksud ingin membuat tafsiran sendiri namun Alhamdulillah ilham min Rabbi ingin menaip entri nie...

Secara normalnya sesuatu jenis perlumbaan akan tamat setelah ada pihak yang menang, begitukan percaturan dunia?? Namun kita semua sangat beruntung kerana inilah satu-satunya perlumbaan yang tidak berkesudahan sehinggalah kita semua kembali kepada Yang Maha Esa cuma kata kuncinya MAHU @ TIDAK MAHU..
TEPUK DADA TANYA IMAN

Setiap sesuatu yang kita lakukan mestilah ada matlamat yang tersendiri, sama juga jika kita ingin turut serta dalam 'perlumbaan' hakiki ini...KPI (key performance indicator) untuk matlamat kita sepatutnya berdasarkan tiga persoalan ini,

- dari mana kita datang
- untuk apa kita ada di dunia
- ke mana kita akan pulang


InsyaAllah akan dapat mengecapi mardhatillah..aminn


Wallahu'alam..

Setakat ini sahaja entry ana..
Semoga ianya mengundang mardhatillah..


ketukan lillahita'ala
~'izzah~