Showing posts with label che'gu. Show all posts
Showing posts with label che'gu. Show all posts

Mar 27, 2012

MANE NAK BELI YER?

Assalamu'alaikum w.b.t....
Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad..

Alhamdulillah masih berpeluang update blog yang dah bersarang segala jenis serangga..

"Allah akan menguji seseorang pada titik kelemahan yang ada pada dirinya"
~nice quote~

Memang terbukti secara klinikal...Sekarang Allah menguji ana dengan titik kelemahan pada diri hina lagi dha'if ini...
Sekarang musim segala kerja,tugasan,amanah sedang menimbun dan menunggu 'turn' masing-masing untuk diselesaikan...



 

Di saat segala-galanya perlu dilaksanakan ada sesuatu yang payah nak muncul,sedang mencari-cari dan menanti bilakah benda itu akan muncul..itulah

MOOD


Akal tengah serabut mengutarakan soalan yang tidak logik di akal waras..

"Kat kedai @ market @ pasaraya ader jual ker mood?mood nak buat kerja.."
 "Kalu ader, dijual mcm mne yer?kilo ker liter eh?"

Allahuakbar macam itu sekali akal ini berimaginasi..parah sangat dah nie...

Namun al-Furqan menyuntik 'ubat bius' agar akal,hati kebal dengan ujian nie..





 Allahuakbar..banyak sekali dos suntikan yang al-Furqan sediakan..cuma terpulang pada diri sendiri nak terima atau tidak suntikan-suntikan tu..

Nak kongsi satu tips nak dapat mood (yang turut dikongsi oleh Shera...^_^)

TENGOK GAMBAR FAMILY..
erm..roling eyes..
U RIGHT SIS..
nak lebih efective..
GAMBAR MAK AYAH..
sambil membayangkan segala penat lelah mereka selama ni..
tochim ="(

Maka jawapan soalan tajuk entri..Mana nak beli yer? akan terjawab jika kita rujuk 'pakar suntik' yang tidak akan pernah ketinggalan zaman bahkan terpelihara sehingga kiamat..Ditambah dengan sharing input dengan sahabt-sahabat..berbaloi dan berkesan..Biiznillah..cubalah free ajer..kalu tak nak pon tak per ^^v

Alhamdulillah terima kasih Ya Allah..I LUV U YA ALLAH...

Wallahu'alam..

Feb 18, 2012

TEAMWORK = A.N.G.R.Y B.I.R.D

Assalamu'alaikum w.b.t...
Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam..


special abilities


Angry bird..Mesti semua kenal kan? Di mana-mana ada watak-watak burung yang comel-comel ini..
Setiap laptop, galaxy tab, handphone mesti ada game Angry Bird..
Angry Bird Seasons..Angry Bird Rio...antara jenis game Angry Bird yang ada dalam laptop nie..(saya la tu)
Kalau tak lepas level geram tengok muka pig yang tersengih memerli so main sampai lepas level..puas hati..

Bukan nak bercerita tentang game tersebut cuma nak berkongsi sedikit ilhamminrabbi tentang watak burung-burung comel di atas..

Angry Bird = teamwork..sweet sangat..
Setiap watak mempunyai kelebihan, bakat dan peranan masing-masing..
Baik merah, biru, kuning, hijau, putih dan hitam..

Minggu ni memang jelas sangat kepentingan teamwork jadi saya tergerak hati untuk tambah entri tentang angry bird nie...
Kita semua sedia maklum dalam kehidupan kita tidak boleh berseorang kerana Allah telah ciptakan kita berpasang-pasangan..kan??
Analogi sebatang lidi dengan seberkas lidi sangat sinonim bukan dengan teamwork..
Pepatah Melayu juga sangat popular..
"BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG..
BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT"

Pernah dengar kan..
Amalkan??
Sendiri jawab yer..

Alhamdulillah Allah Maha Kuasa, minggu nie memang sangat penuh aktiviti teamwork yang dilalui..
Menguruskan beberapa program yang ad-hoc..sambutan Maulid..Lawatan Ilmiah..Khidmat Masyarakat..Jualan..

Semuanya serentak dan ad-hoc namun Alhamdulillah berkat Allah segalanya berjalan lancar..namun dalam kelancaran pasti ada yang terkehel, tergelincir..itu sunnatullah...fitrah..
Apa yang penting segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh tak akan dapat jika tiada teamwork..
Seronok sangat sama-sama berkejaran, penat lelah dengan sahabat-sahabat..
Terbukti bakat..abilities setiap sahabat..macam dalam watak Angry Bird..ade yang pecah 3, ada yang laju, ada bom, ada telur, ada yang boleh pecah konkrit..namun yang penting matlamat mereka sama iaitu menghapuskan pig bagi siri Angry Bird Seasons dan selamatkan kawan-kawan dalam siri Angry Bird Rio..sweet sangat..

Bekerja bersama sahabat-sahabat sesuai sangat dengan siri Angry Bird..Setiap individu ada kelebihan masing-masing namun semua bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama iaitu MARDHATILLAH WA BARAKATILLAH..insyaAllah semoga usaha kita semua yang sedikit dan tidak seberapa dipandang Allah dan dikurniakan ganjaran yang setimpal...

Wallahu'alam..

Jun 24, 2011

ALHAMDULILLAH

Assalamu'alaikum w.b.t....

Pertama dan selama-lamanya Alhamdulillah diungkapkan atas segala nikmat-nikmat yang tidak terhitung..
Alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan untuk ana update blog nie walaupun dah penuh sengsawangnya...
Alhamdulillah diri ini telah melangkah ke dunia baru..
Semester baru yang sudah pasti semakin hebat ujian dan cabarannya..

Namun...

Alhamdulillah Allah sentiasa beri kekuatan walaupun..
Tanpa sedar daripada mana datangnya kekuatan tersebut...
Alhamdulillah semakin banyak ilmu yang akan ditimba semester ini..
Meskipun...
Sangat pahit  untuk menimba setitis ilmu daripada selautan ilmu Ilahi...

Alhamdulillah ada panduan hidup yang sentiasa mengingatkan di kala alpa dan lalai..
Panduan hidup yang sentiasa di sisi..
Al-Quran panduan hidup yang syumul daripada Rabbi...

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan ditinggalkan dengan mengatakan kami telah beriman
padahal mereka belum diuji..al-Ankabut ayat 2"
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya....al-Baqarah ayat 286"


Oleh itu ayuh sahabiah semua..
Kita mulakan segalanya dengan semangat baru yang bermatlamat yang jelas iaitu..
mengecap mardhatillah wa rahmatillah...InsyaAllah..





 
 
 
Wallahu'alam..

Setakat ini sahaja entry ana..
Semoga ianya mengundang mardhatillah..


ketukan lillahita'ala
~'izzah~