Jul 30, 2011

DIRI KITA BATU BATA

Assalamu'alaikum w.b.t...
Semoga kita semua sentiasa dalam redha dan rahmat Ilahi..InsyaAllah..
Alhamdulillah masih diberi peluang menukil sedikit ilhamminrabbi di blog nie..

Pernah dengar analogi diri kita umpama batu bata? Pernah...Tak...
Tak pe, kalau yang pernah kita peringatkan balik kalau yang belum kita sama-sama kongsi..


sebiji batu bata (btol ker pnjodoh bilangan tu??)





dua biji batu bata





binaan batu bata








Analogi batu bata nie dikaitkan dengan hidup berorganisasi..
Dalam kehidupan berorganisasi kita dianalogikan sebagai sebiji batu bata, di mana batu bata tersebut akan digunakan untuk membuat sesuatu binaan. Jika tidak cukup sebiji batu bata maka akan lompang binaan tersebut dan natijahnya binaan tersebut tidak akan kukuh dan impak akhirnya mungkin akan runtuh.

Itulah analoginya diri kita dalam sesebuah organisasi, setiap daripada kita mempunyai peranan masing-masing dalam organisasi tersebut. Ana pasti setiap daripada kita semua pernah hidup dalam organisasi, tipu sekiranya kita menafikan fakta tersebut. Bukan ke keluarga juga merupakan satu organisasi? Iyalah ada ketua (ayah), ibu, anak. Betul kan? Maka setiap daripada kita pernah hidup berorganisasi maka kita adalah batu-bata.

Ayuh kita perhatikan apakah peranan setiap ahli keluarga? Ada yang bertugas sebagai pelindung keluarga, pengurus rumahtangga dan banyak lagi sebenarnya kerana setiap orang ada peranan masing-masing. Cuba bayangkan sekiranya tiada pengurus kewangan keluarga maka apa yang akan terjadi dengan urusan kewangan kelurga tersebut?Nah sudah terang lagi bersuluh setiap ahli keluarga memainkan peranan masing-masing, maka natijahnya usrah mawaddah wa rahmah..betul?? Tepuk dada tanya iman..jika iman tidak 'bersuara' maka harus diperiksa kenapa iman kita tidak 'bersuara'.

Maka sangat sesuai kita dianalogikan sebagai batu-bata, kerana daripada aspek saling melengkapi antara satu sama lain batu bata dalam sebuah binaan menunjukkan bukti yang kukuh lagi nyata. Sekarang ana bagi sahabat semua 2 pilihan :
i) kita menjadi batu bata yang meruntuhkan binaan iaitu dengan langsung tidak melibatkan diri dalam proses pembinaan tersebut 
atau

ii)kita menjadi batu bata yang menyempurnakan dan melengkapkan sebuah binaan yang kukuh lagi utuh.
Sekali lagi iman kita perlu untuk 'bersuara'.
Kita sebagai manusia sentiasa diberi pilihan dalam hidup...
kanan atau kiri..
Baik atau buruk...
suka atau benci...
Banyak lagi...
Kerana pendek kata kita akan sentiasa memerlukan untuk membuat pilihan...Betul??
Akhir kalam daripada ana, terpulang kepada sahabat semua pilihan mana yang menjadi pujaan hati sahabat semua..Formulanya senang,
iman kukuh + ilmu  penuh kefahaman + akal sihat dan sejahtera = pilihan 
manisnya pilihan tersebut disertai mardhatillah dan rahmatillah


Wallahu'alam..

~ insan dha'if lagi faqir ~

Jul 22, 2011

NAK SHARE..

Assalamu'alaikum w.b.t...

Semoga kita semua sentiasa dalam redha dan rahmat Ilahi..InsyaAllah
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk update blog..
Entri kali nie ana nak kongsi sesuatu dengan sahabat semua..
Lirik lagu HAMBAMU..
Munsyidnya Mawi feat Akhil Hayy...
Ana diperkenalkan dengan lagu nie oleh akak-akak yang sangat ana sayang...
Alhamdulillah banyak 'ibrah yang dapat diambil daripada lagu nie sebenarnya bukan sekadar mendengar dan menonton video yang dilakonkan oleh IMAM MUDA musim 1...
InsyaAllah sama-sama kita ambil 'ibrah ye...



Lirik Lagu HambaMu – Mawi ft. Akhil Hayy

http://liriklagu.biz/lirik-lagu-hambamu-mawi-ft-akhil-hayy/

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah


Wallahu'alam...

~ insan dha'if lagi faqir ~

Jul 14, 2011

PERTAMA kemudian KEDUA

Assalamu'alaikum w.b.t..
Semoga kita semua sentiasa dalam mardhatillah wa rahmatillah..InsyaAllah..
Alhamdulillah Allah beri keizinan serta peluang untuk ana update blog..

Apa yang pertama kemudian kedua??

 


Bukan pasal pertandingan laaa...=)

Mula-mula ana akan ceritakan pasal yang pertama..

Entri ni adalah entri pertama utk bulan Julai..
Harapan ana semoga entri sulung nie akan menjadi pembakar semangat untuk ana terus mengupdatekan blog nie agar ia tidak terus bersengsawang..InsyaAllah..


Keduanya pasal nie...


anniversary siapakah??
selamaty ulangtahun kedua buat sahabat-sahabat seperjuangan PISMP AMBILAN JANUARI 2011 terutamanya sahabat-sahabat unit PENGAJIAN ISLAM & AL-QURAN..
Sama-sama kita berdoa agar ukhwah yang terjalin ni akan terus kekal serta dirahmati dan diredhai Ilahi dunia dan akhirat..
Ana doakan kita semua terus thabat dalam perjuangan menegakkan addin tercinta..


Sebenarnya bulan Julai merupakan bulan yang sangat bermakna bagi diri ana, sangat banyak perkara-perkara penting yang berlaku dalam hidup ana yang sinonim dengan bulan Julai..
Apakah??
Antaranya ana bergelar seorang guru pelatih dalam bulan Julai, ramai ahli usrah ana lahir dalam bulan Julai, ana mengenali diri ana yang sebenar rentetan dari bulan Julai  jugak..dan banyak lagi...

Terlalu banyak nikmat kurniaan Allah dalam hidup kita seharian bahkan tanpa kita sedari bahawa itu adalah nikmat Ilahi..Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar...

Ana rasa sekadar itu perkongsian yang ingin ana coretkan di enrti kali nie..
InsyaAllah diizinkan Rabbi akan ana coretkan entri yang lebih bermanfaat untuk diri ana serta sahabat-sahabat semua..

~ insan yang dhaif lagi fakir ~