Showing posts with label usroti. Show all posts
Showing posts with label usroti. Show all posts

Oct 1, 2013

RESIPI BONDA TERCINTA

BISMILLAHIWALHAMDULILLAH

fuuhhh...berhabuk sungguh..

entri ringkas sekadar perkongsian resipi ibu tercinta..



BUBUR JAGUNG
BAHAN-BAHAN :
4 BATANG JAGUNG [UNTUK 5 ORANG MAKAN]
2 BIJI GULA MELAKA
3 HELAI DAUN PANDAN
SEBUNGKUS SANTAN
1 LITER AIR

CARA-CARA MEMASAK :
1.       Hiris jagung
2.     Jagung dimasak terlebih dahulu untuk melembutkannya
3.     Selepas 10 minit, masukkan gula Melaka dan daun pandan
4.    Selepas 3 minit masukkan santan dan kacau
5.     Selepas 5 minit, dah boleh makan…^_^


# nie resipi sendiri, lain orang lain cita rasa..selamat mencuba

proses memasak yg ringkas dan mudah

dah siap utk dimakan  ^_^



Wallahu'alam...


Apr 2, 2012

BUAT ADIKKU SAYANG

Assalamu'alaikum w.b.t..
Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..
Allahumma solli'ala muhammad wa'ala ali muhammad...

Wahai adikku sayang..
Jangan biarkan perkataan MALU membaluti dirimu..
Memang malu sebahagian daripada iman..
Namun malu biar bertempat..
Andai dirimu malu dalam menuntut ilmu maka cepatlah sedar..
Diriku bimbang andai kamu menemui kesesatan..
Bukan niat diri ini memaksa dirimu..
Namun insan yang beruntung adalah yang sentiasa melakukan perubahan ke arah lebih baik..

malu..
percayalah dan yakinlah..

Wahai adikku sayang..
Andai kamu tahu hakikat sebenar jerih dan perih jalan dakwah itu..
Pasti dirimu rasa semakin terbeban dengan amanah HAMBA dan KHALIFAH..
Namun apakah kita yang bertaraf hamba lemah ini layak mempertikaikan kuasa Rabbi?
Iman akan turun dan naik..
Hati akan keresahan dan kegelisahan..
Maka di saat itu kita memerlukan buah cinta ukhwah dan bunga wangi dan mekar persahabatan..
Itulah rahsia Sabda Rasulullah, :
"Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri"

berukhwah dengan semua..berta'aruf

Wahai adikku sayang..
Jika dirimu sentiasa dibelenggu perkataan SAYA TAK MAMPU..
Jom sama-sama renung surat cinta ni..


YAKIN DAN PERCAYA..


Tak kuat jugak..
Tak boleh jugak la..
Diri ini hanya mampu menitipkan pesan ni..




Sesungguhnya diri hina dina lagi dha'if hanya menyahut Sabda Rasulullah S.A.W
"الدين النصيحه "
"SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT"
Jika secebis nukilan ini membuatkan dirimu terasa dan bersedih hati..
Ungkapan maaf didahulukan..
Tegurlah diri ini andai ada kesilapan dan kelalaian..

Wallahu'alam..


Dec 14, 2011

BULATAN BAHAGIA...^^v

Assalamu'alaikum w.b.t...
Semoga kita semua sentiasa dalam mardhatillah wa barakatillah..InsyaAllah..

Kali nie ana tak mau ngomel banyak-banyak..cuma nak kongsi satu video...
The nice one...
SERIUS!!


Selamat menonton..^^v



bulatan bahagia ^^v


gambar hiasan





Wallahu'alam..
~ insan dha'if lagi faqir ~

Nov 6, 2011

PERANTAUAN PERTAMA KALI..

Assalamu'alaikum w.b.t..
Semoga kita semua sentiasa dalam rahmatillah dan mardhatillah..InsyaAllah..


Sepi, sayu, hiba saat mendengar takbir raya berkumandang di Masjid al-'Azhim..

Julung kali meraikan Eid Adha tanpa keluarga di sisi..
Pertama kali tidak menjamah masakan ibu tercinta di pagi raya..
Julung kali menyambut Eid Adha bersama-sama sahabat-sahabat seperjuangan..

SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR

Allah memberi peluang ana merasakan sesuatu pengalaman yang baharu..Bohong jika menafikan tiada kesedihan dalam hati, tipu jika tidak terdetik perasaan sayu saat mengenangkan sahabat-sahabat yang meraikan Eid Adha di sisi usrah tercinta..Allah memberi ana merasakan PENGORBANAN..istilah yang sinonim dengan Eid Adha..

Pengorbanan berjauhan dengan keluarga, pengorbanan menuntut ilmu..Namun Alhamdulillah masih sedar..kerana inilah SUNNAH ORANG BERJUANG..
sunnah orang berjuang..

perjuangan menuntut PENGORBANAN!!


sunnah orang berjuang
Album : pelita hidup IV
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com




Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi Allah dan rasulNya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti 
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

*Chorus
Malamnya bagai rahib merintis sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana...atau syurga


Wallahu'alam..

~ insan dha'if lagi faqir ~

Aug 20, 2011

PENGUMUMAN UNTUK BLOGGER SEMUA....

Assalamu'alaikum w.b.t.
Semoga kita semua sentiasa dalam rahmatillah wa mardhatillah...InsyaAllah..
Alhamdulillah masih berkesempatan mendapat peluang merasai fasa ketiga Ramadhan Kareem..

Entri kali ni ana nak buat sedikit pengumuman untuk semua blogger yang dahagakan serta inginkan pengisian ruhiyyah dan jasadiyyah..InsyaAllah..





Alhamdulillah Allah telah permudahkan urusan seorang sahabat ana untuk join venture dakwah online iaitu blogging...

Jika berminat boleh singgah-singgah dan melawat kat link ni..


InsyaAllah ada manfaat jika sahabat semua singgah di situ..
Tapi blogger tu masih baru jadi mungkin banyak kelemahan, namun itulah fitrah manusia yang tidak kamil..

Wallahu'alam...

~ insan dha'if lagi faqir ~



May 21, 2011

RINDU MEREKA

Assalamu'alaikum w.b.t...
Semoga kita semua sentiasa dalam mardhatillah..InsyaAllah

Di saat orang lain 'bercanda' dengan buku-buku ana boleh lagi mengadap lappy...Uish aper nak jadi nie??

Tapi entah la, sekarang nie ana sangat-sangat rindukan insan-insan yang ana sayangi dan dah lame tak jumpe..
Adakah kerana telah menghampiri tarikh balik kampung???





Tapi kalau balik kampung pun tak jumpe jugak mereka berempat nie..Sebab semua duk jauh-jauh..Kedah..Putrajaya..erm...

Kerinduan pada mereka berempat nie menyebabkan gambar nie terpampang kat desktop lappy ana..


anak-anak menakan


Ramai lagi anak menakan tapi gambar mereka nie ajer yang ada dalam lappy..maaf yer anak-anak menakan lain..huhu

Jiwang jer kan???


Namun yang penting sekali....
nie yang kekal abadi dan pasti tiada kerugian bagi kita


Ok dah..dah..Jom study PKK n PIM...





Wallahu'alam..

Setakat ini sahaja entry ana..
Semoga ianya mengundang mardhatillah..


ketukan lillahita'ala
~'izzah~