Feb 18, 2012

TEAMWORK = A.N.G.R.Y B.I.R.D

Assalamu'alaikum w.b.t...
Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam..


special abilities


Angry bird..Mesti semua kenal kan? Di mana-mana ada watak-watak burung yang comel-comel ini..
Setiap laptop, galaxy tab, handphone mesti ada game Angry Bird..
Angry Bird Seasons..Angry Bird Rio...antara jenis game Angry Bird yang ada dalam laptop nie..(saya la tu)
Kalau tak lepas level geram tengok muka pig yang tersengih memerli so main sampai lepas level..puas hati..

Bukan nak bercerita tentang game tersebut cuma nak berkongsi sedikit ilhamminrabbi tentang watak burung-burung comel di atas..

Angry Bird = teamwork..sweet sangat..
Setiap watak mempunyai kelebihan, bakat dan peranan masing-masing..
Baik merah, biru, kuning, hijau, putih dan hitam..

Minggu ni memang jelas sangat kepentingan teamwork jadi saya tergerak hati untuk tambah entri tentang angry bird nie...
Kita semua sedia maklum dalam kehidupan kita tidak boleh berseorang kerana Allah telah ciptakan kita berpasang-pasangan..kan??
Analogi sebatang lidi dengan seberkas lidi sangat sinonim bukan dengan teamwork..
Pepatah Melayu juga sangat popular..
"BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG..
BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT"

Pernah dengar kan..
Amalkan??
Sendiri jawab yer..

Alhamdulillah Allah Maha Kuasa, minggu nie memang sangat penuh aktiviti teamwork yang dilalui..
Menguruskan beberapa program yang ad-hoc..sambutan Maulid..Lawatan Ilmiah..Khidmat Masyarakat..Jualan..

Semuanya serentak dan ad-hoc namun Alhamdulillah berkat Allah segalanya berjalan lancar..namun dalam kelancaran pasti ada yang terkehel, tergelincir..itu sunnatullah...fitrah..
Apa yang penting segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh tak akan dapat jika tiada teamwork..
Seronok sangat sama-sama berkejaran, penat lelah dengan sahabat-sahabat..
Terbukti bakat..abilities setiap sahabat..macam dalam watak Angry Bird..ade yang pecah 3, ada yang laju, ada bom, ada telur, ada yang boleh pecah konkrit..namun yang penting matlamat mereka sama iaitu menghapuskan pig bagi siri Angry Bird Seasons dan selamatkan kawan-kawan dalam siri Angry Bird Rio..sweet sangat..

Bekerja bersama sahabat-sahabat sesuai sangat dengan siri Angry Bird..Setiap individu ada kelebihan masing-masing namun semua bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama iaitu MARDHATILLAH WA BARAKATILLAH..insyaAllah semoga usaha kita semua yang sedikit dan tidak seberapa dipandang Allah dan dikurniakan ganjaran yang setimpal...

Wallahu'alam..

1 comment:

Serikandi Mujahidah... said...

truskn menulis dik :D..may Allah bless