Feb 11, 2012

HINA.....DINA....

Assalamu'alaikum w.b.t...

Hina dina terasa diri ini saat jari mengetuk keyboard....
Malu pada Allah...
Malu pada Rasulullah...
Malu pada diri sendiri...
Malu pada sahabat-sahabat...


"Siapa ada blog?"
Pantas sekali tangan kanan diangkat...
"Siapa selalu update blog?"
Tersenyum kambing..
Kepala hanya mengeleng...
"Macam mana nak jadi da'ie kalau macam nie?"
Kata-kata ni membuat hati tersentap...
Kepala tertunduk, kaki dan bumi ditatap...

Ya Allah malu..
Terasa hina dina diri ini..

Malu melihat sahabat-sahabat seperjuangan...
Aktif menukil bait-bait dakwah di alam maya..
Giat memberi nafas baharu dan nyawa kepada wadah dakwah mereka..

Malu,hina,dina terasa...

malu..

Namun..
Alhamdulillah..
Kesyukuran tidak terhingga buat Yang Maha Penyayang..
Dijentik hati ini untuk bangkit..
Terima kasih Ya Allah..I love u Ya Allah..

masih ada sinar cahaya
Dikurniakan sahabat-sahabat seperjuangan..
Roh perjuangan mereka membuatku sedar..
Perjalanan masih jauh..
Andai langkah pertama terjatuh dan tersungkur.. 
Bangkit dan teruskan perjalanan..

sahabat seperjuangan

Saat menatap gambar bersama sahabat-sahabat seperjuangan..
Seolah-olah mereka berkata-kata..(macam citer Harry Potter)
"Ayuh sahabatku bangkit, jangan bersedih, jangan putus asa, jangan mengeluh, jangan mengalah..
Perjuanganmu di luar sana lagi mencabar dan lagi banyak mehnah dan tribulasi yang bakal kau hadapi"

Allahuakbar..
Sunnah Orang Berjuang..
Bait-bait lirik lagu tersebut menyentapkan hati, meluruhkan jantung..

Baru sikit Allah nak uji, dah mengalah, mengeluh??
Sedarlah..Ujian nie baru secebis daripada ujian Rasulullah..


Ya Allah Kau berkatilah dan rahmatilah segala urusanku..
"Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan sekalian alam"

No comments: