Dec 10, 2011

APA HABAQ?


Assalamu’alaikum w.b.t
Semoga kita semua sentiasa dalam mardhatillah wa rahmatillah..InsyaAllah
Alhamdulillah akhirnya sumber internet ‘bernyawa’..Jadi..
APA HABAQ?
HABAQ APA??
IMAN..HATI..MINDA..JASAD..UKHWAH..TARBIYYAH..TADHIYYAH (PERNGORBANAN)..
YANG PENTING..
CUTI a.k.a HOLIDAY a.k.a عُطْلَةٌ
Dia mai lagi..namun adakah sama macam dulu? Sudah tentu ada yang sama ada yang berbeza..
Sama = musim tengkujuh, hujan, banjir
Tak sama = ana yakin pengisian sahabat semua pasti berbeza daripada yang lepas..kerana kita juga adalah insan yang berbeza meskipun nama masih sama..pemikiran kita semakin matang, matlamat juga lebih mantap..betul??angguk jika setuju jika tidak geleng..=)
Nak buat apa?
Main banjir

Bersiar-siar dengan family

Main dengan anak saudara

Lepak dengan kawan

Kahwin?? (penuhi jemputan walimah)

Belajar memasak

Tidur

Makan

 baca buku

Segala-galanya di tangan kalian..Cuma halakan cursor pada gambar pilihan dan klik untuk sokong..hehe
PILIHAN DI TANGAN ANDA!!

Apa sahaja yang dilakukan jangan pernah lupa :
 al-Baqarah : 30
30. dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".

KHALIFAH YANG BAGAIMANA?
 adz-Zariyaat : 56
56. dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
 Ali-Imran : 104 
104. dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.

Wallahu’alam..
~ insan dha’if lagi faqir ~

No comments: