Nov 6, 2011

PERANTAUAN PERTAMA KALI..

Assalamu'alaikum w.b.t..
Semoga kita semua sentiasa dalam rahmatillah dan mardhatillah..InsyaAllah..


Sepi, sayu, hiba saat mendengar takbir raya berkumandang di Masjid al-'Azhim..

Julung kali meraikan Eid Adha tanpa keluarga di sisi..
Pertama kali tidak menjamah masakan ibu tercinta di pagi raya..
Julung kali menyambut Eid Adha bersama-sama sahabat-sahabat seperjuangan..

SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR

Allah memberi peluang ana merasakan sesuatu pengalaman yang baharu..Bohong jika menafikan tiada kesedihan dalam hati, tipu jika tidak terdetik perasaan sayu saat mengenangkan sahabat-sahabat yang meraikan Eid Adha di sisi usrah tercinta..Allah memberi ana merasakan PENGORBANAN..istilah yang sinonim dengan Eid Adha..

Pengorbanan berjauhan dengan keluarga, pengorbanan menuntut ilmu..Namun Alhamdulillah masih sedar..kerana inilah SUNNAH ORANG BERJUANG..
sunnah orang berjuang..

perjuangan menuntut PENGORBANAN!!


sunnah orang berjuang
Album : pelita hidup IV
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com




Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi Allah dan rasulNya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti 
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

*Chorus
Malamnya bagai rahib merintis sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana...atau syurga


Wallahu'alam..

~ insan dha'if lagi faqir ~

No comments: