Dec 10, 2011

UNTUNG ATAU RUGI


Assalamu’alaikum w.b.t
Semoga kita semua sentiasa dalam mardhatillah wa rahmatillah..InsyaAllah

خير الناس من تنفع الناس
“ SEBAIK-BAIK MANUSIA IALAH YANG BERMANFAAT BAGI MANUSIA LAIN”
 أو كما قال
BERMANFAATKAH AKU??

Hadith tersebut ana dengar daripada satu rancangan ilmiah di TV9..
Persoalan menerjah di fikiran..
Adakah aku tergolong dalam kalangan tersebut?
Apakah diri ini bermanfaat untuk orang lain?
Banyak mana manfaat yang telah aku berikan kepada orang lain?
Jika ada secebis maka cukupkah?

“Banyak persoalan yang berada di minda, banyak tanda tanya dan juga kata kerja..Banyak soalan banyak juga jawapannya”  (pasti dah hafal lirik lagu nie kan?)

Banyak soalan sudah pasti banyak jawapan dan hakikatnya semua jawapan bagi soalan-soalan di atas ada dalam diri insan yang bertanya iaitu ana dan antum juga.
Namun terdapat satu soalan yang membuat dada sesak, kepala tunduk memandang bumi, lidah kelu dan terkedu..
BERMANFAATKAH AKU UNTUK ISLAM?
ALLAHUAKBAR..
Selama jasad ini bernafas dengan oksigen dari Rabbi, apa yang telah disumbang untuk Islam???
………………………….
Tiada jawapan??
………………………….

حسب انفسكم قبل ان تحاسب
“hisab diri kamu sebelum kamu dihisab”
Untungkah hidup aku selama ini??
Rugikah??
Apa yang pasti..
ISLAM TIDAK MEMERLUKAN AKU TETAPI AKU YANG MEMERLUKAN ISLAM
ISLAM IS THE WAY OF LIFE

FIKIR-FIKIR KAN..TEPUK DADA TANYA IMAN..
Wallahu’alam..
~ insan dha’if lagi faqir ~

  

No comments: