Jan 27, 2011

SINDIRAN PEDAS??

Assalamu'alaikum w.b.t..
Semoga kita semua dalam mardhatillah..InsyaAllah..

Alhamdulillah entri ana kali ini diilhamkan Allah kepada dengan perantaraan pensyarah serta galakan daripada kakak ana..

Sindiran pedas..Apa pendapat sahabat-sahabat semua?? Perlukah sindiran dalam hidup kita?? Pendapat peribadi ana mengatakan sindiran perlu dalam hidup seharian kita, namun terpulang kepada kita bagaimana untuk menghadapi, menangani serta menginterpretasikan sindiran tersebut agar ianya menjadi positif dan tidak mustahil menjadi penanda aras kepada diri kita untuk berubah menjadi insan yang lebih baik untuk menghadapi hari esok berbanding siapa kita pada hari ini...InsyaAllah...

Sindiran pedas yang ana dapat daripada pensyarah ana hari bunyinya macam nie..

KALAU ANDA TIDAK SUKAKAN KEBAIKAN JANGAN HALANG ORANG LAIN LAKUKAN KEBAIKAN..

Mungkin ada di antara sahabat-sahabat sekalian yang menginterpretasikan kata-kata tersebut sebagai nasihat atau tazkirah namun pensyarah ana gunakan kata-kata tersebut untuk menyindir seseorang yang beliau rasakan 'insan' tersebut perlu ditegur secara sindiran..Wallahu'alam..




Semasa pensyarah ana mengucapkan kata-kata itu, ana tersentap dan terkesima, kenapa??
Ana sendiri tidak pasti mengapa dan kenapa..
Ada sesiapa yang boleh tolong terangkan??
Pastilah tidak ada kan??
Kerana jawapannya ada pada diri anda sendiri..

Walaubagaimanapun, ana nak mengajak sahabat-sahabat sekalian sama-sama memahami dan memikirkan secara mendalam apakah makna tersurat serta tersirat kata-kata tersebut..
Ayuh kita sama-sama..






Wallahu'alam..

Setakat ini sahaja entry ana..
Semoga ianya mengundang mardhatillah..


ketukan lillahita'ala
~'izzah~



Jan 22, 2011

INGAT 2 LUPA 2

Assalamu'alaikum w.b.t..
Semoga kita semua dalam mardhatillah...InsyaAllah

Fuhhh...Dah berhabuk dan bersengsawang rasanya blog nie..
'Asiff yaa..huhu

Cemburu tengok blog sahabat-sahabat selalu aje update..ada yang update setiap hari, seminggu sekali..cemburu2..ana rasa tak perlu kot ana nyatakan sebab blog nie bersengsawang...

Berbalik kepada tajuk entri ana kali ni, mungkin ada antara kalian semua yang pernah mendengar, membaca atau maklum pasal tazkirah nie..terutamanya sahabat2 ipgkpm
Tazkirah ni pernah disampaikan oleh seorang senior ana di IPPM..kalau tuan empunya membacanya ana mohon izin yer untuk dikongsikan di blog ana nie..

INGAT 2 LUPA 2..Apakah??

Dalam kehidupan kita seharian, tidak dapat dinafikan kita pasti akan sentiasa berhadapan dengan pelbagai ragam manusia, hatta manusia yang kita hadapi itu adalah diri kita sendiri..betul?
Alhamdulillah sepanjang hidup ana, Allah telah memberi peluang kepada ana untuk berhadapan dengan bermacam ragam serta perangai manusia di sekeliling ana..
Itulah yang dinamakan hablu min nass @ hubungan sesama manusia..





Ingat 2 lupa 2 terdapat dalam hubungan sesama manusia..

INGAT 2

i) INGAT KEBAIKAN ORANG LAIN TERHADAP KITA
ii) INGAT KEJAHATAN YANG KITA LAKUKAN PADA ORANG LAIN


LUPA 2

i) LUPA KEBAIKAN KITA KEPADA ORANG LAIN
ii) LUPA KEJAHATAN ORANG KEPADA KITA

Ana tidak mahu menghurai panjang akan kata-kata dia atas, terpulang kepada sahabat-sahabat sekalian bagaimana hendak intrepretasi mengikut KEFAHAMAN anda semua..





Wallahu'alam..

Setakat ini sahaja entry ana..
Semoga ianya mengundang mardhatillah..


ketukan lillahita'ala
~'izzah~


Dec 31, 2010

ENTRY ADDICTED??

Assalamu'alaikum w.b.t..
Semoga kita semua dalam mardhatillah..InsyaAllah

Aper yang entry addicted tu??
Hampir semua blog yang ana follow dah buat entri pasal tahun baru, azam tahun baru, dan semuanya cerita tahun barulah..
Mahu ana tak addicted??hehehe


 dtnggalkn utk slma2nyer

Berlalu sudah setahun umur ana dan kalian, maka secara automatiknya akan bertambah setahun lagi umur kita semua maka secara automatik juga akan semakin hampir dengan kematian yang pasti akan terjadi

"DAN SETIAP UMAT MEMPUNYAI AJAL (BATAS WAKTU). APABILA AJALNYA TIBA, MEREKA TIDAK DAPAT MEMINTA PENUNDAAN ATAU PERCEPATAN WALAUPUN SESAAT" -AL-'ARAF : 34-

Sudah terang lagi bersuluh, segalanya telah termaktub dalam al-Quran..Mungkin ayat ini boleh dikaitkan juga..

"SETIAP YANG BERNYAWA AKAN MERASAKAN MATI. DAN HANYA PADA HARI KIAMAT SAJALAH DIBERIKAN DENGAN SEMPURNA BALASANMU. BARANGSIAPA DIJAUHKAN DARI NERAKA DAN DIMASUKKAN KE SYURGA SUNGGUH DIA MEMPEROLEH KEMENANGAN. KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA"-ALI 'IMRAN : 185-

Astaghfirullah, direnung-renung ayat yang kedua ni, ana refleksi diri, sepanjang 19 tahun ana hirup udara dan nikmati segala nikmat dari Allah apakah ana menjalani kehidupan yang akan membawa ana ke SYURGA??
Apakah ana akan tergolong dalam golongan yang memperoleh kemenangan seperti firman Allah??
 
Tapi ana yakin Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Mengampuni
InsyaAllah ana berazam akan memikul kedua-dua taklifan ana di dunia ini HAMBA & KHALIFAH dengan lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Ana ingin mengajak sahabat-sahabat sekalian juga agar sama-sama kita melakukan TRANSFORMASI serta REVOLUSI yang berakarkan  taqwa kepada Allah, berteraskan al-Quran dan as-Sunnah agar membuahkan buah iman yang manis agar ianya bisa memberi manfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara yang tercinta..InsyaAllah..
Ayuh sama-sama kita semua..
semoga menjadi tahun yg penuh ketaqwaan & keimanan

Setakat ini sahaja entry addicted ana..
Semoga ianya mengundang mardhatillah..


ketukan lillahita'ala
~'izzah~


Dec 30, 2010

SEMUA PASAL BOLA!!!

Assalamu'alaikum w.b.t...
Semoga kita semua dalam mardhatillah...InsyaAllah..

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk blog walking di blog-blog yang banyak bagi input pada ana meskipun dalam kesempitan penggunaan internet..

Hasil blog walking ana hari nie, 80% pasal nie...



AFF Suzuki Cup..Di mana skuad muda Harimau Malaya telah melakar sejarah dengan memenangi piala tersebut selepas mengalahkan skuad Garuda..ceyh mcm pngulas sukan plak..
Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada anak-anak muda kelahiran Malaysia di atas kejayaan tersebut

Sebagai anak jati Malaysia, ana turut berbangga dan tumpang gembira di atas kejayaan mereka..
Laman Rasmi GAMIS pun melakarkan tahniah untuk skuad Harimau Malaya..

wira-wira negara

Ana layan juga match semalam, memang sebuah perlawanan yang mendebarkan..Tambahan dengan pelbagai provokasi daripada penyokong Indonesia..mcm2 isu..laser, ilmu hitam..
Jutaan terima kasih ana sbg rakyat Malaysia ucapkan kepada penyerang Malaysia Safee Sali di atas rentak permainannya yang mantap..

wajah juara

Memang dia layak menerima anugerah penjaring terbanyak..he deserve it..
top scorer 

Tidak lupa juga kepada penjaga gawang Malaysia..Khairul Fahmi Che Mat di atas aksi cemerlang beliau menjaga gawang Malaysia meskipun lolos 2 kali..
hero Harimau Malaya

Syabas diucapkan kepada semua pemain juga, jurulatih serta semua pihak yang terlibat dalam menjadikan Harimau Malaya sebagai champion..
Semoga kemenangan kali ini menjadi batu loncatan serta pembakar semangat kepada sukan bola sepak Malaysia agar terus maju dan berjaya di mata dunia, siapa tahu suatu hari nanti nama Malaysia tersenarai dalam Piala Dunia..InsyaAllah..

Setakat itu sahaja entri ana kali ini..
Semoga ianya mengundang mardhatillah..


ketukan lillahita'ala
~'izzah~