Dec 30, 2010

SEMUA PASAL BOLA!!!

Assalamu'alaikum w.b.t...
Semoga kita semua dalam mardhatillah...InsyaAllah..

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk blog walking di blog-blog yang banyak bagi input pada ana meskipun dalam kesempitan penggunaan internet..

Hasil blog walking ana hari nie, 80% pasal nie...



AFF Suzuki Cup..Di mana skuad muda Harimau Malaya telah melakar sejarah dengan memenangi piala tersebut selepas mengalahkan skuad Garuda..ceyh mcm pngulas sukan plak..
Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada anak-anak muda kelahiran Malaysia di atas kejayaan tersebut

Sebagai anak jati Malaysia, ana turut berbangga dan tumpang gembira di atas kejayaan mereka..
Laman Rasmi GAMIS pun melakarkan tahniah untuk skuad Harimau Malaya..

wira-wira negara

Ana layan juga match semalam, memang sebuah perlawanan yang mendebarkan..Tambahan dengan pelbagai provokasi daripada penyokong Indonesia..mcm2 isu..laser, ilmu hitam..
Jutaan terima kasih ana sbg rakyat Malaysia ucapkan kepada penyerang Malaysia Safee Sali di atas rentak permainannya yang mantap..

wajah juara

Memang dia layak menerima anugerah penjaring terbanyak..he deserve it..
top scorer 

Tidak lupa juga kepada penjaga gawang Malaysia..Khairul Fahmi Che Mat di atas aksi cemerlang beliau menjaga gawang Malaysia meskipun lolos 2 kali..
hero Harimau Malaya

Syabas diucapkan kepada semua pemain juga, jurulatih serta semua pihak yang terlibat dalam menjadikan Harimau Malaya sebagai champion..
Semoga kemenangan kali ini menjadi batu loncatan serta pembakar semangat kepada sukan bola sepak Malaysia agar terus maju dan berjaya di mata dunia, siapa tahu suatu hari nanti nama Malaysia tersenarai dalam Piala Dunia..InsyaAllah..

Setakat itu sahaja entri ana kali ini..
Semoga ianya mengundang mardhatillah..


ketukan lillahita'ala
~'izzah~


2 comments:

Bintun Sazali said...

Teringat mesej yg dihantar oleh slah seorg penyokong kat radio Ikim.

"Bila dah menang jgn jd spt harimau kenyang. Lepas kenyang terus tidur. tak bangun2"

huhu..:p

Syabas Malaysia!..:)

'izzah said...

salam..erm btol gak msj hmba Allah tu..like3