Jan 27, 2011

SINDIRAN PEDAS??

Assalamu'alaikum w.b.t..
Semoga kita semua dalam mardhatillah..InsyaAllah..

Alhamdulillah entri ana kali ini diilhamkan Allah kepada dengan perantaraan pensyarah serta galakan daripada kakak ana..

Sindiran pedas..Apa pendapat sahabat-sahabat semua?? Perlukah sindiran dalam hidup kita?? Pendapat peribadi ana mengatakan sindiran perlu dalam hidup seharian kita, namun terpulang kepada kita bagaimana untuk menghadapi, menangani serta menginterpretasikan sindiran tersebut agar ianya menjadi positif dan tidak mustahil menjadi penanda aras kepada diri kita untuk berubah menjadi insan yang lebih baik untuk menghadapi hari esok berbanding siapa kita pada hari ini...InsyaAllah...

Sindiran pedas yang ana dapat daripada pensyarah ana hari bunyinya macam nie..

KALAU ANDA TIDAK SUKAKAN KEBAIKAN JANGAN HALANG ORANG LAIN LAKUKAN KEBAIKAN..

Mungkin ada di antara sahabat-sahabat sekalian yang menginterpretasikan kata-kata tersebut sebagai nasihat atau tazkirah namun pensyarah ana gunakan kata-kata tersebut untuk menyindir seseorang yang beliau rasakan 'insan' tersebut perlu ditegur secara sindiran..Wallahu'alam..




Semasa pensyarah ana mengucapkan kata-kata itu, ana tersentap dan terkesima, kenapa??
Ana sendiri tidak pasti mengapa dan kenapa..
Ada sesiapa yang boleh tolong terangkan??
Pastilah tidak ada kan??
Kerana jawapannya ada pada diri anda sendiri..

Walaubagaimanapun, ana nak mengajak sahabat-sahabat sekalian sama-sama memahami dan memikirkan secara mendalam apakah makna tersurat serta tersirat kata-kata tersebut..
Ayuh kita sama-sama..






Wallahu'alam..

Setakat ini sahaja entry ana..
Semoga ianya mengundang mardhatillah..


ketukan lillahita'ala
~'izzah~



No comments: