Dec 15, 2010

10 MUHARAM

Assalamu'alaikum w.b.t..
Semoga kita semua sentiasa dalam mardhatillah..InsyaAllah

Entri kali ini ana copy daripada ILUVISLAM..
Sama-sama kita manfaatkan..


1. Bilakah 'Asyura'?
Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu 'Anhuma berpendapat 'Asyura' adalah pada 9 Muharram.Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha' berpendapat 'Asyura' adalah pada 10 Muharram.
2. Bila Sunnah Puasa?
Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk salah satu daripada bulan-bulan haram.Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari 'Asyura').Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.Sunnah juga berpuasa 1-10 Muharram menurut sebahagian Fuqaha'.
3. Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?
Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir'aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada 'Asyura') kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.
* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.
4. Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?
Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya.Membezakan dengan amalan orang Yahudi.Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha'.
5. Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?
Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.
6. Apakah amalan terbaik selain berpuasa pada hari 'Asyura'?
Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).
7. Apakah kelebihannya?
Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.*
* Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.
8. Apakah yang dilakukan oleh para salafussoleh pada hari 'Asyura'?
Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul 'Allam oleh Syaikhuna Muhammad Alhajjar, menakalkan kitabAlmadkhal oleh Ibnul Hajj, para salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan banyaknya ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya, bukanlah dengan makan dan minum, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.
9. Apakah contoh amal kebaikan yang digalakkan oleh para ulamak untuk dilakukan pada hari tersebut?
Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia tersebut. Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak, berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para ulamak.
10. Ada tak doa yang ulamak dahulu amalkan pada hari tersebut?
Do'a dibaca pada hari 'Asyura'
11. Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan oleh Syi'ah pada hari 'Asyura' meratapi pemergian Sayidina Husin?
Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibn Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah)."

http://www.iluvislam.com/tazkirah/bulan-islam/1313-amalan-asyura.html


TAQWA

Assalamu'alaikum w.b.t..
Semoga kita semua dalam mardhatillah..aminn

Ana rasa sudah lama blog ana nie sepi tanpa pengisian rohani..Astaghfirullah..
InsyaAllah kali nie ana nak kongsi sedikit ilmu yang ana dapat daripada sebuah rancangan ilmiah di TV9..

Sudah terang lagi bersuluh, seperti tajuk entri ana kat atas, ana akan kongsikan tazkirah buat diri ana dan pembaca-pembaca semua tentang TAQWA.



Suatu hari, Umar Al-Khattab bertanya kepada Ka’ab bin Malik berkenaan erti taqwa. Ka’ab bin Malik menjawab:
“Apakah kau pernah berjalan di satu tempat penuh duri wahai Umar?”
Saidina Umar menjawab pernah. 
Ka’ab bin Malik bertanya lagi: “Apakah yang kau lakukan?”
“Aku sinsing kainku agar tidak tercarik pada duri, kemudian aku berjalan berhati-hati agar tidak terpacak dengan mana-mana duri itu”
“Ketahuilah Umar bahawa, begitulah sebenarnya taqwa”

Ana yakin ada di antara kita semua yang pernah mendengar akan kisah 2 orang sahabat Rasulullah S.A.W di atas. 
Tazkirah yang ana perolehi daripada rancangan di TV9 tadi ialah membicarakan tentang sifat-sifat atau ciri-ciri orang bertaqwa menurut seorang tokoh Islam, al-Khusyairi..
Menurut beliau ciri-ciri orang bertaqwa itu telah terangkum dalam perkataan taqwa (dalam ejaan arab) iaitu 
 تقوى

Ciri yang pertama iaitu pada huruf  ت  : Tawadhu', iaitu sifat merendah diri. Orang yang tawadhu' ialah orang yang tidak pernah berasa bangga diri dengan segala kelebihan yang dimiliki. Jika seseorang itu mempunyai ilmu yang tinggi, dia tidak berasa serba pandai. Jika dia mempunyai pangkat, dia tidak memandang hina akan orang lain..Itulah ciri pertama orang yang bertaqwa = Tawadhu'

Ciri yang kedua pula terletak pada huruf  ق  : Qana'ah, iaitu merasa cukup dengan apa yang ada. Orang yang qana'ah ialah orang yang sentiasa bersyukur dengan segala apa yang Allah kurniakan kepada dirinya. Jika dia dikurniakan rezeki lebih dia akan membahagikan rezekinya itu dengan orang lain dan jika rezekinya sedikit dia memanfaatkannya dengan sebaik mungkin malahan tidak pula mengeluh.Lawan qana'ah adalah tamak. 

Ciri yang ketiga pada huruf  و  : Wara'. Tapi ana minta maaf sangat-sangat, ana lupa apa penerangan Ustaz Badlishah pasal sifat wara' tadi..

Ciri yang terakhir ialah pada huruf  ى : Yakin, orang yang bertaqwa dia yakin pada janji-janji Allah, yakin pada dirinya dan tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang boleh merosakkan pegangannya dengan tali Allah..

Alhamdulillah ana rasa itu sahaja sedikit perkongsian daripada ana, semoga perkongsian ana ini mengundang mardhatillah..InsyaAllah..
Sama-sama kita mengejar mardhatillah..
Wassalam..



Dec 9, 2010

ZIARAH TERINDAH...Part 3 @ Last Part

Assalamu'alaikum w.b.t..
Semoga kita semua dalam mardhatillah..

Alhamdulillah ana berkesempatan untuk menyudahkan entri sekuel ana..
Entri kali ini ana akan rangkumkan segala aktiviti ana dalam 4 hari terakhir dalam ziarah ana ke bumi Darul Na'im..InsyaAllah..


Sabtu- 4 Dis 2010 :
-Ana sepatutnya balik pada hari ini ke Dungun, namun disebabkan belum puas meluangkan masa bersama Kak Cik dan usrahnya, ana pun extend sehingga hari Selasa, Alhamdulillah Maa ana izinkan...
-Adik lelaki Kak Cik, Iwan yang belajar di UTHM baru bercuti..Alhamdulillah ana berpeluang mengenali kesemua adik-beradik Kak Cik..Pagi itu hanya berehat di rumah, hujan masih lagi turun tanpa henti..Alhamdulillah Allah menunaikan hajat ana dengan perantaraan Kak Cik untuk merasai nasi tumpang..Apa tu??Sejenis nasi himpit yang dibungkus berbentuk kon dan di dalamnya ada lauk, hari itu ana makan lauk sambal udang, asif tak candid gambarnya..Sedap..
-Malamnya ana dengan Kak Cik menonton cerita seram bertajuk Silent Hill, Kak Cik copy daripada Iwan..Agak seram dan penuh aksi cerita tu..Tapi tak sempat habis sebab mengantuk..


Ahad- 5 Dis 2010 :
-Paginya, ana dengan Kak Cik menyambung cerita Silent Hill..Tapi ending cerita tersebut tak memuaskan hati..Sabar ajer laa...
-Selepas itu, Kak Nor meminta tolong Kak Cik membungkus kerepek yang Iwan ingin jual..Jadi usahawan!!..Seronok sangat, ana anggap usrah Kak Cik sudah macam usrah ana sendiri..Kami sama-sama bergurau senda...Alhamdulillah, syukran Ya Allah kerana Engkau mengurniakan ukhwah yang indah ini..
-Malamnya Kak Cik mengajak ana ke pasar malam di Berek 12..Sekali lagi hajat ana tercapai, minum Coconut Shake..Bukannya tak biasa minum tapi ingin merasai Coconut Shake made in Kelantan, memang berbeza dengan di tempat sendiri..Nie dia..

sedap!!
dan ana juga berpeluang merasai cendol pulut tapai..Ana 'langgar' pantang ana malam itu, kerana Kak Nor kata, " Alang-alang makan biar banyak, kalu sakit sekali jah!!"...Ana suka ayat itu..hihi..
Malam itu juga sekali lagi ana berpeluang makan Pizza Islam, kali ini Iwan yang belanja...Alhamdulillah...


Isnin- 6 Dis 2010 :
-Pagi itu hajatnya ana nak makan nasi tumpang sekali lagi, tapi tak ada rezeki, bila ana dengan Kak Cik ke kedai di pasar Berek 12, nasinya sudah habis..
-Hari itu pun duduk rumah aje..Tonton cerita Zombie Land yang entah ape-ape..Cerita seram + lawak..
-Petangnya sekali lagi Kak Cik mengajak ana ronda-ronda dengan motor, hajatnya ingin membeli ubi goreng, namun tiada rezeki, semua gerai sudah kehabisan ubi gorengnya..Jadi kami beli pisang goreng dengan keropok goreng sahaja..
-Malamnya, Kak Cik dengan ana menonton cerita Scooby Doo..

Selasa- 7 Dis 2010 :
-Hari yang ana tak suka muncul juga, hari ini ana akan pulang ke Dungun..Sedih sangat..Tapi ana akur..
Sebelum ana menaiki bas pada jam 3 Petang, Maa Kak Cik mengajak ana ke sebuah kenduri kahwin, kenduri majikan Kak Nora..
-Jam 3 petang ana pun naik bas Transnasional pulang ke Dungun..
Selamat tinggal Kak Cik dan usrah dan bumi Darul Na'im..InsyaAllah ada rezeki, umur panjang ana akan berkunjung lagi ke sana...

Ana doakan semoga Allah merahmati dan memelihara Kak Cik dan usrahnya di mana sahaja mereka berada..Segala kebaikan yang mereka berikan pada ana hanya Allah yang mampu membalasnya..Uhibbukum fillah abadan abadaa..

ana rindu semua ini & ana akan ingat sampai bila2