Dec 15, 2010

TAQWA

Assalamu'alaikum w.b.t..
Semoga kita semua dalam mardhatillah..aminn

Ana rasa sudah lama blog ana nie sepi tanpa pengisian rohani..Astaghfirullah..
InsyaAllah kali nie ana nak kongsi sedikit ilmu yang ana dapat daripada sebuah rancangan ilmiah di TV9..

Sudah terang lagi bersuluh, seperti tajuk entri ana kat atas, ana akan kongsikan tazkirah buat diri ana dan pembaca-pembaca semua tentang TAQWA.



Suatu hari, Umar Al-Khattab bertanya kepada Ka’ab bin Malik berkenaan erti taqwa. Ka’ab bin Malik menjawab:
“Apakah kau pernah berjalan di satu tempat penuh duri wahai Umar?”
Saidina Umar menjawab pernah. 
Ka’ab bin Malik bertanya lagi: “Apakah yang kau lakukan?”
“Aku sinsing kainku agar tidak tercarik pada duri, kemudian aku berjalan berhati-hati agar tidak terpacak dengan mana-mana duri itu”
“Ketahuilah Umar bahawa, begitulah sebenarnya taqwa”

Ana yakin ada di antara kita semua yang pernah mendengar akan kisah 2 orang sahabat Rasulullah S.A.W di atas. 
Tazkirah yang ana perolehi daripada rancangan di TV9 tadi ialah membicarakan tentang sifat-sifat atau ciri-ciri orang bertaqwa menurut seorang tokoh Islam, al-Khusyairi..
Menurut beliau ciri-ciri orang bertaqwa itu telah terangkum dalam perkataan taqwa (dalam ejaan arab) iaitu 
 تقوى

Ciri yang pertama iaitu pada huruf  ت  : Tawadhu', iaitu sifat merendah diri. Orang yang tawadhu' ialah orang yang tidak pernah berasa bangga diri dengan segala kelebihan yang dimiliki. Jika seseorang itu mempunyai ilmu yang tinggi, dia tidak berasa serba pandai. Jika dia mempunyai pangkat, dia tidak memandang hina akan orang lain..Itulah ciri pertama orang yang bertaqwa = Tawadhu'

Ciri yang kedua pula terletak pada huruf  ق  : Qana'ah, iaitu merasa cukup dengan apa yang ada. Orang yang qana'ah ialah orang yang sentiasa bersyukur dengan segala apa yang Allah kurniakan kepada dirinya. Jika dia dikurniakan rezeki lebih dia akan membahagikan rezekinya itu dengan orang lain dan jika rezekinya sedikit dia memanfaatkannya dengan sebaik mungkin malahan tidak pula mengeluh.Lawan qana'ah adalah tamak. 

Ciri yang ketiga pada huruf  و  : Wara'. Tapi ana minta maaf sangat-sangat, ana lupa apa penerangan Ustaz Badlishah pasal sifat wara' tadi..

Ciri yang terakhir ialah pada huruf  ى : Yakin, orang yang bertaqwa dia yakin pada janji-janji Allah, yakin pada dirinya dan tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang boleh merosakkan pegangannya dengan tali Allah..

Alhamdulillah ana rasa itu sahaja sedikit perkongsian daripada ana, semoga perkongsian ana ini mengundang mardhatillah..InsyaAllah..
Sama-sama kita mengejar mardhatillah..
Wassalam..



No comments: