Jun 24, 2011

ALHAMDULILLAH

Assalamu'alaikum w.b.t....

Pertama dan selama-lamanya Alhamdulillah diungkapkan atas segala nikmat-nikmat yang tidak terhitung..
Alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan untuk ana update blog nie walaupun dah penuh sengsawangnya...
Alhamdulillah diri ini telah melangkah ke dunia baru..
Semester baru yang sudah pasti semakin hebat ujian dan cabarannya..

Namun...

Alhamdulillah Allah sentiasa beri kekuatan walaupun..
Tanpa sedar daripada mana datangnya kekuatan tersebut...
Alhamdulillah semakin banyak ilmu yang akan ditimba semester ini..
Meskipun...
Sangat pahit  untuk menimba setitis ilmu daripada selautan ilmu Ilahi...

Alhamdulillah ada panduan hidup yang sentiasa mengingatkan di kala alpa dan lalai..
Panduan hidup yang sentiasa di sisi..
Al-Quran panduan hidup yang syumul daripada Rabbi...

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan ditinggalkan dengan mengatakan kami telah beriman
padahal mereka belum diuji..al-Ankabut ayat 2"
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya....al-Baqarah ayat 286"


Oleh itu ayuh sahabiah semua..
Kita mulakan segalanya dengan semangat baru yang bermatlamat yang jelas iaitu..
mengecap mardhatillah wa rahmatillah...InsyaAllah..





 
 
 
Wallahu'alam..

Setakat ini sahaja entry ana..
Semoga ianya mengundang mardhatillah..


ketukan lillahita'ala
~'izzah~
 

No comments: