Mar 18, 2011

HARGAILAH KAUMKU

Assalamu'alaikum w.b.t
Semoga kita semua sentiasa dalam mardhatillah..

Asifi, lama blog ana nie terbiar, malu dengan diri sendiri..
Alhamdulillah Allah kurniakan peluang untuk ana berkongsi sedikit ilmu yang ana perolehi daripada akhbar ILUVISLAM..ilhamminrabbi

LAPAN KEISTIMEWAAN WANITA


1) Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.  ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda," Ibu lebih penyayang daripada ayah dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2) Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3) Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seperti orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4) Barangsiapa yang membawa hadiah (barangan, makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya maka pahalanya seperti bersedekah.  hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.  barangsiapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5) Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku (Rasulullah) di dalam syurga.

6) Barangsiapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta tanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7) Dari A'isyah R.A, " Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka"

8) Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. maka apabila memanggilmu dua orang ibubapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.









Wallahu'alam..

Setakat ini sahaja entry ana..
Semoga ianya mengundang mardhatillah..


ketukan lillahita'ala
~'izzah~
 

No comments: