Dec 28, 2010

ULANGTAHUN PERKAHWINAN 40 TAHUN..

Assalamu'alaikum w.b.t..
Semoga kita semua dalam mardhatillah..InsyaAllah..

Entri ana kali nie hanya sebuah entri santai, tentang usrah ana..
Alhamdulillah hari ni genap 40 tahun perkahwinan Pak Long ana dan Mak Long..
Nie dia pasangan yang diredhai dan diberkati Allah akan hubungan mereka..


pak long ngan mak long

Alhamdulillah, ana bersyukur dan seronok sangat tengok keluarga berkumpul..nie baru 2 buah keluarga tu pun belum cukup ahli lagi..
Seronok kumpul ramai-ramai macam nie..

kenangan brsma cucu-cucu


 anak2 dan menantu2



alhamdulillah ats family yg bahagia nie

 
muhammad nazran na'im



 abg mie practice ker??hihihi


 home-made delicious blueberry cake


Alhamdulillah, semoga kekuatan ikatan silaturrahim kami semua kekal harmoni dan bahagia dunia akhirat..InsyaAllah...

Setakat itu sahaja entri ana kali ini..
Semoga ianya mengundang mardhatillah..


ketukan lillahita'ala
~'izzah~

Dec 25, 2010

TRAVELOG SEORANG DA'I...Ustaz Abdul Rahman Mohamed

Assalamu'alaikum w.b.t...
Semoga kita semua sentiasa dalam mardhatillah..InsyaAllah..

InsyaAllah kali ini ana ingin kongsikan seberapa banyak ilmu yang ana dapat daripada buku Travelog Seorang Da'i, tulisan Ustaz Abdul Rahman Mohamed..



 nie bukunyer




juangkan kebenaran walaupun pahit

Buku ni mengisahkan tentang perjalanan hidup penulis sebagai seorang da'ie, penulis menceritakan kisah hidupnya daripada A hingga ke Z..
Alhamdulillah banyak ilmu yang ana dapat daripadanya antaranya penulis menyingkap kebenaran tentang sikap serta akhlak masyarakat Islam hari ini, antara yang beliau nyatakan ialah bagaimana sikap orang Islam yang tidak bersyukur serta menghargai nikmat kurniaan Allah. Contohnya apabila mereka diberi kemudahan untuk menunaikan ibadah mereka mempersiakan peluang tersebut bahkan banyak berfoya-foya, namun apabila mereka telah kehilangan kesempatan tersebut mulalah mereka melenting tanda protes. Hal ini banyak berlaku pada hari ini, ianya sudah terang lagi bersuluh di hadapan mata kita.

Sedikit petikan nasihat daripada kiai (guru) penulis yang sangat mendalam maknanya, sama-sama hayati :
" apabila ramai yang datang untuk belajar denganmu dan suka kepadamu,
maka ketahuilah kamu ketika itu sebenarnya tidak menyampaikan kebenaran
tetapi sebaliknya menyampaikan apa yang disukai orang ramai sedangkan firman Allah :
' KEBANYAKAN MANUSIA TIDAK SUKA KEPADA KEBENARAN'
  apabila hanya sedikit yang datang kepadamu,
janganlah kamu berputus asa kerana kebenaran hanya disenangi oleh sedikit manusia"


Oleh kerana penulis menceritakan semua perjalanan hidupnya termasuklah semasa beliau di alam menuntut ilmu dan Alhamdulillah beliau menyertakan juga petua kejayaan beliau, jangan bimbang ana akan kongsikan dengan kalian..Ni dia..

sama-sama kita amalkan

 Selain itu, penulisan Ustaz Abdul Rahman juga banyak membuka minda ana, antaranya beliau menyatakan pandangan beliau tentang persepsi masyarakat hari ini yang memandang rendah pelajar-pelajar yang berkelulusan ilmu ukhrawi. Padahal hakikatnya peluang pekerjaan atau kejayaan untuk pelajar-pelajar ini lebih cerah berbanding pelajar-pelajar yang berkelulusan ilmu duniawi semata.

Penulisan beliau juga banyak membawa ana memerhati dan menghayati ciptaan Allah S.W.T. contohnya beliau menerangkan tentang resmi lebah..

tazkirah drpd alam

Nie ada satu lagi untuk renungan bersama...

 
Asif ya ana upload gambar jer..hihi..=)

Bahagian ini juga menarik perhatian ana untuk kongsikan bersama kalian semua.

gambar lagi??

 Alhamdulillah ana rasa setakat ini sahaja perkongsian ana, jika kalian ingin mengutip banyak lagi ilmu daripada buku ini bolehlah dapatkan buku nie di kedai buku berdekatan anda..hihi promoter plak..

Setakat itu sahaja entri ana kali ini..
Semoga ianya mengundang mardhatillah..


ketukan lillahita'ala
~'izzah~

Dec 22, 2010

MUHAMMAD ISKANDAR 'IRFAN

Assalamu'alaikum w.b.t..
Semoga kita semua dalam mardhatillah..InsyaAllah

Asif jiddan, dah berhabuk blog ana nie..Sibuk sgt ker??

InsyaAllah kali ini ana nak kongsikan kebahagiaan ana dan seluruh ahli keluarga ana..
Alhamdulillah tepat jam 11.27 pagi semalam (21 Disember 2010) ahli keluarga kami bertambah lagi seorang..
Kakak ipar ana (Kak Jaja) selamat melahirkan seorang bayi boy yang sangat comel..Oleh kerana beratnya 4.19kg Kak Jaja terpaksa dibedah..
Nie dia baby yg comel tu..

muhammad iskandar 'irfan


maklumat peribadi


nie dgn abi dia

nie dgn tok ma


nie dgn mbah


comelnyerr


4.19kg

iras saper yer??

Comel kan..

Setiap anak yang lahir dianalogikan umpama kain putih, maka terpulang kepada ibu bapanya bagaimana ingin 'dicorakkan' atau 'diwarnakan' anak tersebut, ana harap abang dan kakak ana dapat 'mencorakkan' anak mereka ini mengikut 'acuan' serta menggunakan 'warna' yang menepati ISO ISLAM..InsyaAllah..

Ana doakan anak ini membesar menjadi seorang anak yang bisa memberi baraqah dan manfaat kepada Islam, negara, masyarakat, keluarga dan ibubapanya..aminn, InsyaAllah.

Setakat itu sahaja entri ana kali ini..
Semoga ianya mengundang mardhatillah..


ketukan lillahita'ala
~'izzah~

Dec 18, 2010

CACAR AIR

Assalamu'alaikum w.b.t..
Semoga kita semua dalma mardhatillah..InsyaAllah

Rasulullah S.A.W. telah bersabda

Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Dua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya dengannya ialah waktu sihat dan masa lapang. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Kenapa tibe-tibe ana post entri pasal KESIHATAN??
Kerana ujian nie..
cacar air @ jintungan @ bertih (gambar sumber internet)



nie la rupanyer
Ana dapat info pasal cacar air nie kat sni 

Orang dulu-dulu kata kalau dah kena cacar air nie tak akan kena dah, katanya sekali sahaja seumur hidup..Wallahu'alam..

Namun ana refleks, pasti ada kebaikan yang ana tak lakukan di saat ana dikurniakan nikmat sihat, atau nie kifarah atas dosa-dosa yang ana dah lakukan, maka InsyaAllah ana redha..

Setakat itu sahaja entri ana kali nie..
Sama-sama kita ambil peringatan dan sama-sama kita beramal demi mardhatillah..


ketukan lillahita'ala
~'izzah~


Dec 17, 2010

SELEPAS 10 TAHUN

Assalamu'alaikum w.b.t..
Semoga kita semua sentiasa dalam mardhatillah..InsyaAllah..

Alhamdulillah dah lama rasanya ana tidak berpeluang meng'update' blog ana nie setiap hari..Alhamdulillah Allah permudahkan..

Entri ana kali ini hanya sebuah entri santai-santai sahaja..Semoga ianya mengundang mardhatillah..InsyaAllah..

Apa yang selepas 10 tahun tu??
Nie hah..

kuinin??

hasil slpas 10 tahun



Buah kuinin?? (org trgnu pnggil kining)
Apa kaitannya dengan tajuk..Macam nie ceritanyer..Pokok kuinin nie dah hampir sepuluh tahun maa ana tanam dan sepanjang tempoh tersebut bermacam usaha maa ana lakukan agar pokok nie berbuah, macam-macam jenis baja jugak la maa ana guna dari baja semulajadi (tahi ayam, bahan bakar) hinggalah baja kimia..Namun semuanya tak berhasil, sampaikan ayah ana suruh maa tebang saja pokok nie..

Sehinggalah pertengahan tahun nie, pokok nie mula berbunga dan berputik..Ana masih ingat kata-kata ayah ana, "Erm, bunge (berbunga) jer tu dok (tidak) buoh (berbuah) eh.."..Tapi rupa-rupanya pokok nie memberikan hasilnya..Alhamdulillah..
Nie hasilnya..

sedapnyerr  

Dan sekarang pokok kuinin nie sangat diharapkan dan boleh dikatakan disayangi hiperbola ker??hasilnya oleh ahli keluarga ana.

Ana terus teringat pepatah Arab..

العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر

ILMU TANPA AMAL UMPAMA POHON TIDAK BERBUAH


Umpama pokok kuinin nie sebelum berbuah ianya hampir ditebang, analoginya dengan ilmu yang kita semua miliki, jika tidak diamalkan ianya akan hilang dan akhirnya mati..Na'uzubillahiminzalik..
Ana muhasabah diri sendiri, apakah ilmu yang ana miliki telah ana betul-betul amalkan..
Astaghfirullah, ampunilah hambaMu ini Ya Allah..

Padahal Allah telah berfirman bahkan bersumpah dengan masa dalam Surah al-'Asr ayat 1-3, maksudnya :
" Demi masa! Sungguh manusia dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"

Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang terkecuali tersebut..InsyaAllah..

Ana rasa setakat itu sahaja entri ana kali ini..
Sama-sama kita beramal..

ketukan lillahita'ala
~'izzah~