Dec 25, 2010

TRAVELOG SEORANG DA'I...Ustaz Abdul Rahman Mohamed

Assalamu'alaikum w.b.t...
Semoga kita semua sentiasa dalam mardhatillah..InsyaAllah..

InsyaAllah kali ini ana ingin kongsikan seberapa banyak ilmu yang ana dapat daripada buku Travelog Seorang Da'i, tulisan Ustaz Abdul Rahman Mohamed..



 nie bukunyer




juangkan kebenaran walaupun pahit

Buku ni mengisahkan tentang perjalanan hidup penulis sebagai seorang da'ie, penulis menceritakan kisah hidupnya daripada A hingga ke Z..
Alhamdulillah banyak ilmu yang ana dapat daripadanya antaranya penulis menyingkap kebenaran tentang sikap serta akhlak masyarakat Islam hari ini, antara yang beliau nyatakan ialah bagaimana sikap orang Islam yang tidak bersyukur serta menghargai nikmat kurniaan Allah. Contohnya apabila mereka diberi kemudahan untuk menunaikan ibadah mereka mempersiakan peluang tersebut bahkan banyak berfoya-foya, namun apabila mereka telah kehilangan kesempatan tersebut mulalah mereka melenting tanda protes. Hal ini banyak berlaku pada hari ini, ianya sudah terang lagi bersuluh di hadapan mata kita.

Sedikit petikan nasihat daripada kiai (guru) penulis yang sangat mendalam maknanya, sama-sama hayati :
" apabila ramai yang datang untuk belajar denganmu dan suka kepadamu,
maka ketahuilah kamu ketika itu sebenarnya tidak menyampaikan kebenaran
tetapi sebaliknya menyampaikan apa yang disukai orang ramai sedangkan firman Allah :
' KEBANYAKAN MANUSIA TIDAK SUKA KEPADA KEBENARAN'
  apabila hanya sedikit yang datang kepadamu,
janganlah kamu berputus asa kerana kebenaran hanya disenangi oleh sedikit manusia"


Oleh kerana penulis menceritakan semua perjalanan hidupnya termasuklah semasa beliau di alam menuntut ilmu dan Alhamdulillah beliau menyertakan juga petua kejayaan beliau, jangan bimbang ana akan kongsikan dengan kalian..Ni dia..

sama-sama kita amalkan

 Selain itu, penulisan Ustaz Abdul Rahman juga banyak membuka minda ana, antaranya beliau menyatakan pandangan beliau tentang persepsi masyarakat hari ini yang memandang rendah pelajar-pelajar yang berkelulusan ilmu ukhrawi. Padahal hakikatnya peluang pekerjaan atau kejayaan untuk pelajar-pelajar ini lebih cerah berbanding pelajar-pelajar yang berkelulusan ilmu duniawi semata.

Penulisan beliau juga banyak membawa ana memerhati dan menghayati ciptaan Allah S.W.T. contohnya beliau menerangkan tentang resmi lebah..

tazkirah drpd alam

Nie ada satu lagi untuk renungan bersama...

 
Asif ya ana upload gambar jer..hihi..=)

Bahagian ini juga menarik perhatian ana untuk kongsikan bersama kalian semua.

gambar lagi??

 Alhamdulillah ana rasa setakat ini sahaja perkongsian ana, jika kalian ingin mengutip banyak lagi ilmu daripada buku ini bolehlah dapatkan buku nie di kedai buku berdekatan anda..hihi promoter plak..

Setakat itu sahaja entri ana kali ini..
Semoga ianya mengundang mardhatillah..


ketukan lillahita'ala
~'izzah~

No comments: