Dec 9, 2010

ZIARAH TERINDAH...Part 2

Assalamu'alaikum w.b.t..
Semoga kita semua sentiasa dalam mardhatillah..
Alhamdulillah, Allah S.W.T memberi ana peluang untuk menyambung sekuel travelog ziarah ana ke rumah kakak yang ana sayang keranaNya..Meskipun selepas 'berkejaran' dengan internet yang kelembapan disebabkan musim tengkujuh...ada kaitan ker??hihi..

InsyaAllah entry ana kali ini, ana akan gabungkan semua aktiviti yang ana laksanakan semasa ziarah ana secara 'marathon' 3 hari iaitu hari Rabu, Khamis dan Jumaat (1-3/12/2010)

Rabu-1 Dis 2010 :
- Hujan turun renyai-renyai..biasa la musim tengkujuh..selepas sarapan Kak Cik membawa ana ronda-ronda sekitar kampung dengan menaiki motor..seronok sangat suasana kampung pagi-pagi, nyaman dan tenang..Kak Cik menunjukkan kepada ana sekolah rendahnya yang telah banyak perubahan..Kepuasan yang tidak terhingga sampai mandi hujan..hihi..Alhamdulillah...
- Hari itu juga ana berkenalan dengan anak-anak saudara Kak Cik (anak2 Kak Long)..Kakak, Abg Ngah, Kak Cik dan Syahmin..semuanya cepat mesra dan baik-baik..
-Petangnya pula, Kak Cik memenuhkan hajat ana untuk membeli sehelai jubah yang sama seperti Kak Cik punye..Alhamdulillah Kak Nor dan suaminya senang hati menemankan Kak Cik dan ana ke Pasar MPKB..Sampai sahaja di sana ana menjadi rambang mata kerana terlalu banyak jubah-jubah yang semuanya cantik-cantik belaka..Alhamdulillah berkat pilihan Kak Nor dan Kak Cik ana berjaya menemukan sehelai jubah yang sangat cantik dan harganya juga ana mampu hendak bayar..RM60 sahaja..

memang berbaloi
Kemudian, kami ke Mydin untuk shoppen..Ana hanya membantu Kak Cik mencari barangan keperluannya kerana ana tidak memerlukan apa-apa..Tiba-tiba Kak Cik ke bahagian sikat rambut..Ana tanyalah kenapa nak beli sikat baru..Kemudian Kak Cik menjawab " cepat pilih nak yang mana?"..Ana jadi pelik, rupa-rupanya Kak Cik hendak belanja ana sikat kerana ana lupa bawa sikat..apa daa pergi rumah org x bawak sikat..ish3...Maka ini yang menjadi pilihan ana..

sisir Kak Cik belanja
- Alhamdulillah ana dimurahkan rezeki lagi kerana Kak Cik belanja ana Pizza Islam..First time dengar kan?? Sedap, murah yang penting halal dan dapat memajukan ekonomi umat Islam..Ini rupa kotaknya..ana segan nak candid isinya..nie pun curi2 candid..hihi...

rasa sekali nak lagi
Habis sudah travelog pada 1 Dis 2010..


Khamis-2 Dis 2010 :
- Hujan lagi pagi hari tersebut..tapi Alhamdulillah ana berpeluang menjejakkan kaki ke KB MALL..Kak Cik ada buat 'date' dengan sahabatnya yang suatu masa dahulu sama-sama belajar di sekolah menengah..Kak Achik panggilannya atau nama sebenarnya Azini (betol ker eja ni??)..Seronok sangat dapat kenal Kak Achik, orangnya sempoi dan baik.. Rezeki ana murah lagi, kali ini Kak Achik yang belanja ana makan sizzling..First time ana makan sizzling, Kak Cik pula makan claypot Bihun Tom Yam..Sambil makan-makan kitaorang sembang-sembang tapi ana banyak diam, segan..hihi...

KB MALL


sizzling



Selepas makken kitaorang jalan-jalan dalam KB MALL..Kitaorang masuk kedai kasut Oasis, cuba pakai kasut-kasut yang cantik..Cuba sahaja..hihi..Kemudian kami ke Popular..Hasilnya 2 buah buku menjadi pilihan ana namun asif sangat gambarnya tidak boleh di'upload'..InsyaAllah ada kesempatan ana 'bedah' & kongsi isi kandungannya...Kemudian kami ber'shoppen' di Pacific..
- Selepas hampir 2 jam menunggu kedatangan Kak Nor..jalan  jam teruk.. Kami menuju ke rumah Kak Long..Alhamdulillah Allah aturkan perkenalan ana dengan Kak Long Kak Cik yang juga sangat baik..ana pun buat kesimpulan..semua adik beradik Kak Cik baik-baik..
- Malamnya hanya berehat di rumah..


Jumaat- 3 Dis 2010 :
- Hujan masih lagi membasahi bumi Kelantan..Pagi hari itu, Kak Cik dan Kak Nor membuat perancangan untuk ke pantai pada waktu petang, oleh itu mereka sibuk menyediakan sandwich sebagai bekalan ke sana..
-Alhamdulillah petangnya, hujan telah berhenti, jadi kami semua bertolak ke Pantai Irama Bachok pada jam 5 petang..
-Sampai sahaja di sana, kami semua dikejutkan dengan panorama laut yang bergelora, ombaknya sangat besar, air lautnya berwarna keruh..Inilah penangan musim tengkujuh..Namun begitu pantai tersebut tetap dikunjungi ramai orang awam..MasyaAllah, sebaik sahaja turun daripada kereta ana merasakan angin yang bertiup menyerap sehingga ke tulang-belulang ana..sejuk sangat, sehinggakan Husna anak saudara Kak Cik tidak mahu melepaskan pelukan Kak Cik..Petang itu juga ana berkenalan dengan seorang lagi kakak Kak Cik iaitu Kak Nora serta 2 orang anaknya Hakim dan Faqihah..Kami tidak lama berada di pantai tersebut lantaran kesejukan yang teramat tambahan hujan mulai turun..Kami selamat sampai pada jam 7 malam di rumah..



Pantai Irama Bachok



Ana rasa cukup sampai di sini sahaja entry untuk sekuel ke-2 ini..InsyaALLAH ada 1 sekuel lagi, yang terakhir..Biiznillah akan ana update dalam masa terdekat..



Dec 8, 2010

ZIARAH TERINDAH...Part 1

Assalamu'alaikum w.b.t...
Dah berhabuk rasanya blog ana nie...Asif yaaa...
Entry ana kali ini InsyaAllah dalam sekuel..ada sambungan..Biiznillah ana dapat update sekuel entry ini dengan jayanya...

Alhamdulillah baru-baru ini Allah telah permudahkan urusan ana untuk menziarahi KAKAK yang juga merangkap SAHABAT ana di bumi Darul Na'im..
Subhanallah seronok yang tidak terhingga rasanya ana bersyukur sangat-sangat..Bukan apa, kerana perancangan ziarah ana ini sudah beberapa kali tergendala, bermacam-macam dugaan & cabaran melanda..Tapi Alhamdulillah akhirnya tercapai hajat ana ingin menziarahi USRAH KAK NA'IMAH...

~ nie tiket ke KB ~

Ziarah ana bermula dengan perjalanan menaiki bas ke Kota Bharu..Perjalanan yang sangat memenatkan dan membosankan serta menyesakkan dada...Entah kenapa ana rasakan perjalanan ke Kelantan memakan masa yang lebih panjang berbanding perjalanan ana ke Putrajaya..Dengan pemandu basnya yang memandu bas dengan kelajuan yang ana agak 120 - 140 km/j.. Tapi Alhamdulillah setelah 5 jam dalam perjalanan ana selamat sampai ke Terminal Kota Bharu pada jam 3.30 petang.

Ana turun aje dari bas ana umpama rusa masuk kampung..First time ana menjejakkan kaki ke terminal tersebut, apa lagi buat-buat macam dah expert ler... Sampai jer ana terus call Kak Cik..Kak Cik suruh ana tunggu kejap..Masa ana tunggu beberapa orang pak cik-pak cik 'kereta prebet' datang dekat ana dan bertanya, "Nok gi mano dik??Pasir Putih...?". Ana hanya menggelengkan kepala dan mengatakan ana sedang tunggu kakak datang..Kemudian Kak Cik call dan suruh ana tunggu kat depan Telekom..so ana pun lintas jalan dan tunggu di situ..Sekali ana kecuakan, dengan tiba-tiba ada seorang lelaki kurang siuman berkeliaran di hadapan ana dan menyelongkar tong sampah..Ana hanya berdiri tegak dan tidak bergerak walau seinci dan membaca ayat Kursi..Takut sangat..Tapi Alhamdulillah lelaki tersebut hanya berlalu begitu sahaja..

Kira selepas 10 minit, Kak Cik sampai menaiki sebuah kereta Kancil berwarna kuning..Alhamdulillah, ana masuk dalam kereta dan Kak Cik memperkenalkan Kak Nor yang memandu kereta pada ana, dengan nada bergurau Kak Cik mengatakan ana semakin 'bulat'..Katanya pipi ana tembam..Ana hanya mampu tersenyum dan menegur kacamata baru Kak Cik..

Selepas 10 minit ana selamat sampai di rumah Kak Cik..Alhamdulillah dapat kenal lagi dengan usrah Kak Cik yang lain iaitu Kak Dah-kakak ipar Kak Cik-, Kak Na-kakak Kak Cik, Ida-adik Kak Cik, Mija-anak saudara Kak Cik, Madihah-anak saudara Kak Cik, serta 2 orang anak asuhan Maa Khasif & Aqashah.. Ana segan sebenarnya, tiba-tiba Kak Cik hidangkan ana minuman kegemaran kami berdua, air barli suam..sedap bangat.. Kemudian ana serahkan pada Maa Kak Cik barang-barang yang maa ana kirim, buah mempelam, keropok dan kain batik..Selepas ana solat, Kak Cik mengajak ana untuk makan nasi..Alhamdulillah sedap masakan maa Kak Cik..

Pada malamnya tiada apa-apa aktiviti, selepas ana solat Isyak ana terus tidur kerana Kak Cik kurang sihat tambahan ana pun masih penat..Itu sahaja sekuel part 1..Nantikan sekuel seterusnya..InsyaAllah..


Nov 28, 2010

PELAN INDUK CUTI

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum w.b.t...

~cool bila ader feel~

"Wah bestnyer cuti lama.."
"Mana aci cuti lama..."

Itu antara kata-kata sahabat-sahabat yang ana jumpa atau hubungi apabila tiba masa cuti..Namun ana jarang sekali mendengar kata-kata ini..

"Cuti ni nak buat aper??"
"Aper perancangan cuti panjang nie??"

Baru-baru ini ana ber'chatting' dengan seorang sahabat..ana tanya dia apa perancangan cuti?Alhamdulillah banyak perancangan yang sahabat ana itu ingin lakukan, semoga semua perancangannya itu terlaksana dengan izin-Nya dan mendapat  redha Allah S.W.T..aminn..

Ana pun muhasabah??Macam mana dengan diri sendiri??
Sebenarnya ada juga pelan induk cuti..Tetapi Allah tak izinkan lagi..Ada hikmahnya..
Tapi Alhamdulillah Allah permudahkan ana meneruskan pelan induk yang lain, iaitu membaca bahan-bahan ilmiah yang ana beli serta hadiah daripada kakak-kakak yang ana sayang kerana Allah..

~buku ilmiah yg byk beri tazkirah~

~supaya gelisah bernilai ibadah~
Alhamdulillah buku pemberian kak Sarah telah ana hadam semoga segala ilmu yang ana cedok daripada buku ini ana akan amalkan..
InsyaAllah jika Allah izinkan ana akan kongsi dengan anda semua ilmu-ilmu yang ana perolehi..
Sekarang ini ana dalam proses menghadam buku tokoh Islam terkenal Salahudin bin Ayubi..
Setakat ini dulu entry ana kali ini..
Semoga pelan induk cuti anda dan ana terlaksana dengan jayanya dan mengundang mardhatillah...InsyaAllah..
~semoga pelan induk ana mendapat mardhatillah~

Nov 26, 2010

4 SIMPANAN SYURGA

Assalamu'alaikum w.b.t...
Ana doakan semuanya sihat dan sentiasa dalam linkungan rahmatNya..
Dah berhabuk rasanya blog nie...Asif yaa..
Entry kali ini ringkas sahaja namun semoga sama-sama kita dapat manfaatnya..
Alhamdulillah Allah memilih ana untuk menonton rancangan USRAH di TV9 hari ini..
Banyak input yang ana perolehi daripada rancangan ilmiah itu namun terdapat satu ilmu yang sangat menarik perhatian ana dan ana ingin kongsikan dengan anda semua..maaf yer kalu ader silap mungkin ana kelupaan..

4 SIMPANAN SYURGA

Menurut pendapat seorang ulama' terkenal..ana lupa plak namanyer masa Ustzah Asni sebut tdi..Ulama' tersebut menyenaraikan 4 perkara yang jika disembunyikan oleh seseorang Muslim dia akan mendapat ganjaran syurga..

1. Menyembunyikan sedekah

2. Menyembunyikan musibah

3. Menyembunyikan sakit

4. Menyembunyikan kelebihan

Ana refleks diri ana..Alhamdulillah Allah memberi ana kesempatan dan peluang untuk merasai keempat-empat perkara di atas, namun apakah semasa ana merasai kesemua itu ana menyembunyikannya?? Dan yang penting apakah ana mendapat ganjaran baik atau buruk daripada Allah?? 
Sama-sama kita muhasabah..nak muhasarawak pun boleh...

~semoga ini impian kita semua~

Nov 19, 2010

AL-'ALA ayat 9

Assalamu'alaikum w.b.t...
Semoga semuanya sentiasa dalam mardhatillah..aminn..
Entry ana kali ini berbentuk 'barisan' tazkirah yang ana dapat daripada Allah dan perantaraannya adalah sahabat-sahabat dan kakak-kakak yang semuanya ana sayang kerana Allah...
Semoga kita sama-sama memanfaatkan peringatan daripada Allah ini..
Selamat mengembara...

~ FAZAKKIR IN NAFA'ATIZZIKRA ~


-          Firman Allah S.W.T “hendaklah ada di kalangan kamu umat yang menyeru kepada kebaikan,mereka melaksanakan amar ma’ruf & mencegah kemungkaran & mereka itulah yang mendapat kejayaan” ali-Imran :104. Adakah kita tergolong dalam kalangan yang mendapat kejayaan itu?apa peranan kita kepada islam?apa sumbangan kita pada ummah?jom kita sama2 muhasabah.

-          Iman umpama bunga yang mewangi, jauh di puncak pepohon yang berduri, untuk mencapainya memerlukan tenaga istiqomah & dibantu dengan tali tawadhu’, disertai dengan kekuatan doa kpd Allah Yang Maha Esa.

-          Bila hati berjuang kerana Allah..dugaan itu tempat bersinggah, keperitan ditelan sebagai juadah, kejayaan dianggap sebagai satu mimpi indah, andai ditakdirkan rebah, hati tetap redha kerana Allah…

-          Pandanglah temanmu kerana 3 perkara: kerana Allah, kerana ilmunya, hubungannya dengan makhlukNya..& janganlah kamu pandang kerana 3 perkara : kerana rupa, harta dan kuasa & elakkan 3 perkara semasa bersahabat : hasad, dengki dan tipu helah & peliharalah 3 perkara semasa bersahabat : niat, amal dan akhlak. Sesungguhnya bersahabat itu indah jika kita tahu caranya sekalipun kita bersahabat dengan musuh.

-          “3 perkara, sesiapa yang terdapat ketiga-tiga perkara itu dalam dirinya beliau akan mendapat kemanisan iman, iaitu : Bahawa Allah & RasulNya lebih dikasihi daripada yang lain, bahawa beliau tidak mengasihi seseorang kecuali kerana Allah, bahawa beliau benci kepada kekufuran sebagaimana beliau benci dilontarkan ke dalam neraka”-hadith riwayat Bukhari-

-          Sebuah pengalaman cukup mengajar kita bahawa siapa kita & siapa Allah yng hakiki..cukup memberi kesan di hati..ucapan “aku tak mampu Ya Allah” biasa terkeluar dari hati kita…rintihlah kepada Ilahi..kerana Dia sememangnya menanti rintihan hambaNya..andai tidak ditimpa ujian ini, adakah kita akan mengingati Allah..tanyalah iman kerana ia bisa memberI jawapan yang paling jujur..tidak Allah timpakan ujian melainkan kita mampu menghadapinya..& tidak Allah mencabut sesuatu melainkan menggantikannya dengan yang lebih baik..nantikan hikmahnya..pasti dirimu tersenyum penuh keredhaan…

-          Rasulullah S.A.W bersabda dalam hadith qudsi,”aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah”-riwayat Ahmad & an-Nasa’i-..inilah sifat orang yang bertaqwa, hati mereka sentiasa berhubung dengan A llah, seperti yang telah dinyatakan dalam firman Allah, surah Maryam ayat 58..dari sudut perubatan juga telah membuktikan menangis dikatakan mampu mengubati penyakit tertentu..

-          Biar diri berjauhan asal hati diikat nur kecintaan, padamu teman kuukir kalam kenangan, secebis ingatan membuatkan kita merasai indahnya persahabatan, suka duka, tawa hiba, gembira kecewa adalah asam garam perjuangan..dari jauh kupohon semoga dirimu diberkati Allah, bersama kita layari bahtera perjuangan dengan bersandarkan kasih saying dari Allah, walau diri merana biar jiwa terluka asal dapat menabur bakti untuk agama..

-          Bila kau letih & hilang semangat, Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya…bila tangisanmu brpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan air matamu..bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah setia di sisimu..bila kau telah mencuba segalanya tapi x tahu tjuan Allah ada jln pnyelesaiannya..bila tiada yg brerti buatmu, keliru dan kecewa, Allah adlh jwapannya..sabarlah mnghadapi ujian Allah..sesungguhnya sabar itu buahnya sgt manis..

-          Tatkala kehidupan dibebani kesibukan, kdangkala trpinggir jiwa yg kekosongan, segarkan ia dgn nsihat keislaman, ceritakan ia dgn wasiat keimanan, moga jiwa kita x lgi mncari krendahan krn syurga hnya memandang ketinggian..salam mujahadah
-           

Surat cinta min Rabbi..
"فذكر إن نفعت الذكرى "
 Surah al-'Ala ayat 9..

Maksudnya : Maka berikanlah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat

Sama-sama kita renungkan..