Jul 30, 2011

DIRI KITA BATU BATA

Assalamu'alaikum w.b.t...
Semoga kita semua sentiasa dalam redha dan rahmat Ilahi..InsyaAllah..
Alhamdulillah masih diberi peluang menukil sedikit ilhamminrabbi di blog nie..

Pernah dengar analogi diri kita umpama batu bata? Pernah...Tak...
Tak pe, kalau yang pernah kita peringatkan balik kalau yang belum kita sama-sama kongsi..


sebiji batu bata (btol ker pnjodoh bilangan tu??)





dua biji batu bata





binaan batu bata








Analogi batu bata nie dikaitkan dengan hidup berorganisasi..
Dalam kehidupan berorganisasi kita dianalogikan sebagai sebiji batu bata, di mana batu bata tersebut akan digunakan untuk membuat sesuatu binaan. Jika tidak cukup sebiji batu bata maka akan lompang binaan tersebut dan natijahnya binaan tersebut tidak akan kukuh dan impak akhirnya mungkin akan runtuh.

Itulah analoginya diri kita dalam sesebuah organisasi, setiap daripada kita mempunyai peranan masing-masing dalam organisasi tersebut. Ana pasti setiap daripada kita semua pernah hidup dalam organisasi, tipu sekiranya kita menafikan fakta tersebut. Bukan ke keluarga juga merupakan satu organisasi? Iyalah ada ketua (ayah), ibu, anak. Betul kan? Maka setiap daripada kita pernah hidup berorganisasi maka kita adalah batu-bata.

Ayuh kita perhatikan apakah peranan setiap ahli keluarga? Ada yang bertugas sebagai pelindung keluarga, pengurus rumahtangga dan banyak lagi sebenarnya kerana setiap orang ada peranan masing-masing. Cuba bayangkan sekiranya tiada pengurus kewangan keluarga maka apa yang akan terjadi dengan urusan kewangan kelurga tersebut?Nah sudah terang lagi bersuluh setiap ahli keluarga memainkan peranan masing-masing, maka natijahnya usrah mawaddah wa rahmah..betul?? Tepuk dada tanya iman..jika iman tidak 'bersuara' maka harus diperiksa kenapa iman kita tidak 'bersuara'.

Maka sangat sesuai kita dianalogikan sebagai batu-bata, kerana daripada aspek saling melengkapi antara satu sama lain batu bata dalam sebuah binaan menunjukkan bukti yang kukuh lagi nyata. Sekarang ana bagi sahabat semua 2 pilihan :
i) kita menjadi batu bata yang meruntuhkan binaan iaitu dengan langsung tidak melibatkan diri dalam proses pembinaan tersebut 
atau

ii)kita menjadi batu bata yang menyempurnakan dan melengkapkan sebuah binaan yang kukuh lagi utuh.
Sekali lagi iman kita perlu untuk 'bersuara'.
Kita sebagai manusia sentiasa diberi pilihan dalam hidup...
kanan atau kiri..
Baik atau buruk...
suka atau benci...
Banyak lagi...
Kerana pendek kata kita akan sentiasa memerlukan untuk membuat pilihan...Betul??
Akhir kalam daripada ana, terpulang kepada sahabat semua pilihan mana yang menjadi pujaan hati sahabat semua..Formulanya senang,
iman kukuh + ilmu  penuh kefahaman + akal sihat dan sejahtera = pilihan 
manisnya pilihan tersebut disertai mardhatillah dan rahmatillah


Wallahu'alam..

~ insan dha'if lagi faqir ~

No comments: