Feb 16, 2011

LEBIH KUAT..PERCAYALAH!!!

Assalamu'alaikum w.b.t...
Semoga kita semua sentiasa dalam mardhatillah..InsyaAllah..

MasyaAllah, dah berhabuk blog nie rasanya..
Ana nak minta maaf pada diri ana serta sahabat-sahabat semua..


Entri kali ini InsyaAllah sebagai satu tazkirah kepada diri ana serta sahabat-sahabat semua..
Entri kali ini tentang diri kita semua..
Ya, kita..
Seorang khalifah dan seorang hamba Allah di muka bumi ini..
InsyaAllah sama-sama kita muhasabah..



MANUSIA DILAHIRKAN UNTUK TERBANG
NAMUN
MANUSIA LEBIH SUKA MERANGKAK
~ IMAM AL-GHAZALI ~



 
 kucing vs singa??

Apa kaitannya kata-kata Imam al-Ghazali dengan gambar kat atas nie??
Ana pasti sudah ada yang dapat mengagak apakah yang ingin ana bicarakan pada entri kali ini..

POTENSI DIRI..

Itu yang ana ingin jadikan sebagai bahan pengingat diri ana dan sahabat semua..
Berdasarkan pengalaman sendiri, ana telah menemui beberapa orang sahabat yang kurang yakin akan potensi diri sendiri termasuklah diri ana sendiri. 
Kadang-kadang ana merasa kecil serta rendah diri jika dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang lain sehinggakan ana pernah menitiskan air mata kerana perasaan tidak yakin akan ketentuan Allah terhadap diri ana padahal Allah telah berfirman :

95:4
"Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia dalam bentuk kejadian yang sebaik-baiknya"
(at-Tin : 4)
Nah, sudah terang lagi bersuluh..Kenapa perlu keraguan serta kesangsian lagi??
Ana rasa mulai sekarang kita semua perlu buang serta singkirkan kesangsian serta keraguan yang ada dalam diri kita..Ya, kita semua jom beramai-ramai..

Ana suka untuk berkongsi kata-kata nie..

KITA SEBENARNYA LEBIH KUAT DARIPADA APA YANG KITA SANGKAKAN
Sememangnya kita tidak dapat menilai diri kita sendiri, di sinilah kita perlukan sahabat..
Pasti sahabat-sahabat semua pernah mendengar kata-kata,
"sahabat adalah cerminan diri kita"


 
 sahabat sebagai cerminan
 Ana juga pasti sahabat-sahabat semua pasti pernah mendengar kata-kata ini, sahabat yang sejati ialah sahabat yang mengkritik kesilapan kita bukannya menyokong kekhilafan kita.

Jadi ayuh, mulai sekarang kita bersahabat serta berukhwah berpaksikan TAQWA + LILLAHI TA'ALA
ana yakin kita akan memperolehi sahabat yang boleh menjadi cerminan yang seterusnya akan menjadikan kita 'burung' untuk terbang bukan sekadar merangkak untuk selama-lamanya..InsyaAllah...

So, percayalah kita semua lebih kuat berbanding apa yang kita sangkakan!!!

Wallahu'alam..

Setakat ini sahaja entry ana..
Semoga ianya mengundang mardhatillah..


ketukan lillahita'ala
~'izzah~

2 comments:

Bintu Sazali said...

anti benar ya ukhti...
maaf andai diri ini juga pernah berlaku salah terhadapmu...huhu


sama2 kite keluarkan singa dr dalam diri kita! :)

Iman_Inside said...

like2...

kita kuat!!!yeah2..hak3..over excited lak..huu..;p