Dec 17, 2010

SELEPAS 10 TAHUN

Assalamu'alaikum w.b.t..
Semoga kita semua sentiasa dalam mardhatillah..InsyaAllah..

Alhamdulillah dah lama rasanya ana tidak berpeluang meng'update' blog ana nie setiap hari..Alhamdulillah Allah permudahkan..

Entri ana kali ini hanya sebuah entri santai-santai sahaja..Semoga ianya mengundang mardhatillah..InsyaAllah..

Apa yang selepas 10 tahun tu??
Nie hah..

kuinin??

hasil slpas 10 tahun



Buah kuinin?? (org trgnu pnggil kining)
Apa kaitannya dengan tajuk..Macam nie ceritanyer..Pokok kuinin nie dah hampir sepuluh tahun maa ana tanam dan sepanjang tempoh tersebut bermacam usaha maa ana lakukan agar pokok nie berbuah, macam-macam jenis baja jugak la maa ana guna dari baja semulajadi (tahi ayam, bahan bakar) hinggalah baja kimia..Namun semuanya tak berhasil, sampaikan ayah ana suruh maa tebang saja pokok nie..

Sehinggalah pertengahan tahun nie, pokok nie mula berbunga dan berputik..Ana masih ingat kata-kata ayah ana, "Erm, bunge (berbunga) jer tu dok (tidak) buoh (berbuah) eh.."..Tapi rupa-rupanya pokok nie memberikan hasilnya..Alhamdulillah..
Nie hasilnya..

sedapnyerr  

Dan sekarang pokok kuinin nie sangat diharapkan dan boleh dikatakan disayangi hiperbola ker??hasilnya oleh ahli keluarga ana.

Ana terus teringat pepatah Arab..

العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر

ILMU TANPA AMAL UMPAMA POHON TIDAK BERBUAH


Umpama pokok kuinin nie sebelum berbuah ianya hampir ditebang, analoginya dengan ilmu yang kita semua miliki, jika tidak diamalkan ianya akan hilang dan akhirnya mati..Na'uzubillahiminzalik..
Ana muhasabah diri sendiri, apakah ilmu yang ana miliki telah ana betul-betul amalkan..
Astaghfirullah, ampunilah hambaMu ini Ya Allah..

Padahal Allah telah berfirman bahkan bersumpah dengan masa dalam Surah al-'Asr ayat 1-3, maksudnya :
" Demi masa! Sungguh manusia dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"

Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang terkecuali tersebut..InsyaAllah..

Ana rasa setakat itu sahaja entri ana kali ini..
Sama-sama kita beramal..

ketukan lillahita'ala
~'izzah~

2 comments:

Bintu Sazali said...

Alhamdulillah!..sape yg menuai, dy la yg dapat hasil, kan?..:)

tahniah!..haha..tp pasni hobi mengait buah pauh kat mktb tak akan terhenti an?..ngeh3x..;p

murabbi syahidah said...

yup u rite ukhti..
kait pauh kat mktb??of corse jd aktvti wajib thunan...huhuhu