Dec 16, 2010

COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT!

Assalamu'alaikum w.b.t...
Semoga kita semua sentiasa dalam mardhatillah..InsyaAllah

Alhamdulillah, masa ana blog walking di blog sahabat ana, ana tertarik untuk menyokong dan join satu kempen yang sangat bermanfaat dan penting untuk umat Islam hari ini terutamanya MUSLIMAH...Hayya sama-sama kita join..






Mengapa ana bold dan besarkan perkataan Muslimah kat atas dan mengapa ana katakan kempen seperti ini sangat penting dan bermanfaat kepada umat Islam hari ini??
Kerana ini...









Ana tidak berniat langsung untuk memburukkan Kaum Hawa iaitu kaum ana sendiri namun inilah realiti Muslimah hari ini, tidak dapat dinafikan lagi..Ana sedih sangat melihat saudara-saudara ana sebegini, namun ana tidak boleh terus menghukum mereka tidak mempelajari atau tidak mengetahui kaifiyah menutup aurat yang Islam telah gariskan kerana ana adalah PENYERU BUKAN PENGHUKUM..

Semoga saudara-saudara ana yang menjadi mangsa propaganda halus Yahudi ini dibukakan pintu hati mereka dan diberikan hidayah oleh Yang Maha Esa..Aminn..

Sama-sama kita renungkan firman Allah S.W.T dalam Surah al-Baqarah ayat 208, maksudnya :
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara menyeluruh, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagimu."

Dan Surah an-Nurr ayat 31, maksudnya:
".........dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya)......" 

Sama-sama kita hayati ayat-ayat di atas..InsyaAllah..

Ayuh kita perhatikan gambar-gambar nie pulak..Ana like!!


kat mner yer papan tanda macam nie??


nie yang Islam ajar



Ana rasa sampai di sini sahaja entri ana kali ini..
Sama-sama kita beramal..


ketukan lillahita'ala
~'izzah~

2 comments:

Kei Hiroki said...

thanks for supporting this campaign ya! semoga usaha kita ni diberkati Allah =)

Mohamadazhan.com said...

kempen yang menarik :) amat sukar sekarang utk muda mudi menutup aurat