Apr 30, 2011

SHARE...AL-FATEH UPGRADE

Assalamu'alaikum..
Kali ni ana nak kongsi satu video yang sangat mantap hasil buah tangan daripada Ustaz Shaari..
Anak jati Kelantan yang sangat hebat dalam mengkaji tentang hidup seorang anak muda yang peribadinya disebut-sebut dalam hadith Rasulullah S.A.W...Sultan Muhammad al-Fateh..





Semoga video ini sedikit sebanyak dapat membantu kita semua dalam menghayati serta mengingati perjuangan seorang anak muda yang tersohor sehingga ke hari ini..
Sama-sama kita mengambil 'ibrah daripada kisah ini dan jadikan diri kita seorang hamba serta khalifah Allah yang lebih baik daripada kelmarin..InsyaAllah..




Buku nie pun Alhamdulillah ana dah miliki cuma mencari waktu untuk membaca jer..InsyaAllah jika diberi kesempatan ana akan bedah buku nie dan kongsi dengan sahabat-sahabat semua..InsyaAllah..

Wallahu'alam..

Setakat ini sahaja entry ana..
Semoga ianya mengundang mardhatillah..


ketukan lillahita'ala
~'izzah~

Apr 22, 2011

KENA OBSERVE??

Assalamu'alaikum w.b.t...
Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk ana berkongsi sedikit pengalaman diobserve??
Aik baru semester satu dah praktikum??
Hehe..
Bukan praktikum tapi amali pedagogi Pendidikan Islam..

Hampir seminggu ana dan ukhti berhempas pulas memikirkan alat bantu mengajar apa yang sesuai dengan tajuk yang kami dapat..Kami mendapat bidang sirah dengan tajuk pekerjaan Rasulullah..
Kemudian hampir seminggu juga kami berhempas pulas menyiapkan alat bantu mengajar serta RPH yang menepati panduan Ustazah..

Allahuakbar baru kami merasai betapa mencabarnya tugas seorang murabbi dalam memastikan proses pengajaran, pembelajaran serta pendidikan berjalan dengan lancar..Kami mula membayangkan bagaimana agaknya apabila tiba saat kami bergelar seorang murabbi kelak, semoga Allah permudahkan urusan kami..InsyaAllah..

Nie hasil kerjasama kami berdua...







Alhamdulillah, telah selesai segala-galanya amali pun dah assignment pun dah hantar...Alhamdulillah..Allahummayassir wala tu'assir...

Wallahu'alam..

Setakat ini sahaja entry ana..
Semoga ianya mengundang mardhatillah..


ketukan lillahita'ala
~'izzah~