Semoga kita semua sentiasa dalam mardhatillah..InsyaAllah..
Alhamdulillah Allah beri kesempatan pada ana untuk menghalau sengsawang serta habuk di blog ana nie..
Entri ana kali ni mungkin entri yang biasa-biasa ajer..selalu dibuat org
Tapi InsyaAllah nie versi ana..
Rasulullah S.A.W bersabda :"Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"
Alhamdulillah dalam tempoh hidup ana yang menghampiri 20 tahun nie, Allah telah bagi ana banyak peluang serta ruang untuk betul-betul memahami hadith tersebut. Terlalu banyak pengalaman ana semasa berukhwah dengan sahabat-sahabat ana di mana paksi atau dasar ukhwah terjalin itu adalah hadith di atas...
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar...
Baru-baru ini ana terdengar sebuah lagu yang sangat syahdu serta mendalam maksudnya, bagi ana lagu ni seolah-olah hakikat hidup ana, jadi ana nak kongsikan dengan sahabat-sahabat semua..lagu nie dah lama sebenarnya cuma ana yang baru tahu akan kewujudannya..
Nostalgia
Album : Amal Kerana Allah
Munsyid : Shoutul Amal
http://liriknasyid.com
Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku
Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati
Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan
Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat
Lirik: Shauqi
Lagu: Munirah
Solo: Mohd Sobri Abdullah
Wallahu'alam..
Setakat ini sahaja entry ana..
Semoga ianya mengundang mardhatillah..
ketukan lillahita'ala
~'izzah~
1 comment:
Sumpahan Allah adalah utk siapa dan kpd siapa?mengapa? www.rosemujahid.blogspot.com
Post a Comment